Judul : Zaman Kleptokrasi: Intipati laporan ekonomi 2017/2018
link : Zaman Kleptokrasi: Intipati laporan ekonomi 2017/2018
Zaman Kleptokrasi: Intipati laporan ekonomi 2017/2018
Berikut ialah inti pati Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2018 hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.
- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2018, dengan KDNK sebenar berkembang antara lima peratus dan 5.5 peratus (2017: 5.2 peratus dan 5.7 peratus), diterajui permintaan dalam negeri
- Perbelanjaan sektor swasta kekal cergas, berkembang 7.3 peratus (2017: 7.4 peratus) sejajar dengan jangkaan perbelanjaan berterusan dalam aktiviti penggunaan dan pelaburan swasta
- Penggunaan swasta meningkat 6.8 peratus (2017: 6.9 peratus), disokong oleh pendapatan tinggi dengan keadaan pasaran buruh yang stabil, pendapatan eksport yang lebih tinggi dan harga komoditi yang lebih kukuh.
- Pelaburan swasta dijangka berkembang 8.9 peratus, menyumbang 18.1 peratus kepada KDNK (2017: 9.3 peratus; 17.5 peratus)
- Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita negara akan meningkat 5.1 peratus kepada RM42,777 pada 2018 (2017: RM40,713)
- Inflasi kekal rendah antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus; ekonomi terus beroperasi dengan pekerjaan penuh.
- Perbelanjaan sektor awam dijangka merosot 0.4 peratus, sejajar dengan perbelanjaan modal yang lebih rendah oleh syarikat awam pada 2018.
- Penggunaan awam akan meningkat sedikit, sebanyak 1.3 peratus pada 2018 (2017: 2.7 peratus), selari dengan usaha kerajaan untuk melaksana dan merasionalkan perbelanjaan bukan kritikal.
- Tabungan negara kasar (TNK) dijangka meningkat 6.2 peratus kepada RM403.6 bilion, dengan sumbangan TNK kepada PNK kekal tinggi pada 28.7 peratus (2017: 9.5 peratus; RM380.2 bilion; 29.1 peratus).
- Lebihan tabungan-pelaburan kekal tinggi pada RM32.9 bilion (2017: RM32.3 bilion), menyediakan kecairan yang mencukupi untuk
Demikianlah Artikel Zaman Kleptokrasi: Intipati laporan ekonomi 2017/2018
Sekianlah artikel Zaman Kleptokrasi: Intipati laporan ekonomi 2017/2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zaman Kleptokrasi: Intipati laporan ekonomi 2017/2018 dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/zaman-kleptokrasi-intipati-laporan.html
membiayai perbelanjaan modal.
Kedudukan luaran Malaysia dijangka terus disokong oleh pertumbuhan dagangan global pada 2018.
Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.8 peratus pada 2018, meningkatkan bahagiannya kepada 54.8 peratus kepada KDNK (2017: 5.9 peratus; 54.5 peratus).
Semua subsektor dijangka terus berkembang pada 2018, dengan sektor perkilangan dijangka meningkat 5.3 peratus (2017: 5.5 peratus).
Sektor pertanian dijangka meningkat 2.4 peratus pada 2018 (2017: 5.6 peratus), disumbang oleh subsektor komoditi dan bukan komoditi.
Pengeluaran minyak sawit mentah dianggarkan meningkat 2.5 peratus kepada 20.5 juta tan metrik (2017: 15.5 peratus, 20 juta).
Industri pembinaan diunjur berkembang pada kadar 7.5 peratus (2017: 7.6 peratus), disokong oleh projek infrastruktur yang berterusan.
Eksport kasar dijangka berkembang 3.4 peratus kepada RM948.7 bilion pada 2018 (2017: RM917.5 bilion), diterajui oleh permintaan berterusan ke atas produk elektrik dan elektronik serta komoditi.
Import kasar dijangka meningkat 3.5 peratus kepada RM851.7 bilion pada 2018 (2017: RM822.9 bilion), mencerminkan aktiviti pelaburan yang mantap.
Defisit akaun perkhidmatan dijangka meningkat kepada RM22.7 bilion pada 2018 (2017: RM-18.8 bilion).
Perdagangan borong dan runcit, makanan & minuman serta penginapan masing-masing meningkat 6.1 peratus dan 7.2 peratus (2017: 6.5 peratus: 7.6 peratus).
Subsektor pengangkutan dan penyimpanan meningkat 5.8 peratus pada 2018 (2017: 6.2 peratus), terutama didorong oleh penambahan jumlah penumpang perkhidmatan kereta api.
Subsektor kewangan dan insurans meningkat 4.4 peratus (2017: 4.2 peratus), didorong oleh aktiviti pembiayaan yang kukuh.
Defisit fiskal dijangka terus merosot 2.8 peratus KDNK pada 2018 (2017: tiga peratus).
Hutang Kerajaan Persekutuan kekal mampan dalam kedudukan had berhemat pada 55 peratus daripada KDNK pada 2018.
Baki akaun semasa dijangka mencatat lebihan RM32.9 bilion atau 2.3 peratus PNK pada 2018 (2017: + RM32.3 bilion; 2.5 peratus).