375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib.....

375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib..... - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib....., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib.....
link : 375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib.....

Baca juga


375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib.....



Demikianlah Artikel 375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib.....

Sekianlah artikel 375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib..... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 375 hektar hutan simpan kekal akan dikorbankan untuk ECRL Najib..... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/375-hektar-hutan-simpan-kekal-akan.html

Sejumlah kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) melibatkan tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Selangor, terpaksa dikorbankan bagi projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sejumlah 357 hektar kawasan hutan yang akan terlibat - kira-kira lima kali ganda keluasan Tun Razak Exchange (TRX).
Kata kementerian itu, hasil tinjauan mendapati kawasan tersebut merangkumi habitat bagi hidupan liar antaranya harimau belang, gajah, beruang matahari, tapir, seladang, kijang dan babi hutan.
"Antara kesan pembinaan projek ECRL ke atas hidupan liar di kawasan terlibat adalah kehilangan habitat, fragmentasi habitat, konflik manusia-hidupan liar, pemburuan haram, pergerakan hidupan liar terhalang dan pelanggaran hidupan liar," kata kementerian itu dalam jawapan parlimen bertarikh 21 November 2017.
Jawapan itu kepada soalan Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai-BN) berhubung sejauh mana kesan projek itu terhadap biodiversiti di HSK dan jaminan kerajaan projek itu tidak mengancam ekosistem di situ.
Kementerian mencadangkan ECRL untuk menyediakan laluan untuk lintasan hidupan liar (wildlife crossing), mewajibkan pembinaan lapan terowong (panjang keseluruhan 39.3km), sekurang-kurangnya 4 jambatan dan pembetung, dan pagar atau tembok sepanjang 600km untuk menghalang hidupan liar memasuki landasan dan menyebabkan perlanggaran.
Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) juga diwajibkan merangkumi pelan mitigasi hidupan liar.
"Pelaksanaan pelan ini meliputi program menyelamatkan hidupan liar terperangkap, pengawalan konflik manusia-hidupan liar, translokasi hidupan liar, aktiviti penguatkuasaan, program kesedaran awam dan pengkayaan habitat,"katanya.
ECRL merupakan projek landasan keretapi sejauh 700km yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan.
Ia merupakan landasan tunggal dengan ruang untuk penambahbaikan menjadi dua laluan.
Pihak yang tidak bersetuju dengan projek ini mendakwa kosnya pasti lebih besar daripada RM55 bilion yang dijangka kerajaan. Selain itu, mereka juga berkata projek ini tidak berdaya maju.

Subscribe to receive free email updates: