Ayat setan pemimpin Umno

Ayat setan pemimpin Umno - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ayat setan pemimpin Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ayat setan pemimpin Umno
link : Ayat setan pemimpin Umno

Baca juga


Ayat setan pemimpin Umno



Demikianlah Artikel Ayat setan pemimpin Umno

Sekianlah artikel Ayat setan pemimpin Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ayat setan pemimpin Umno dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/ayat-setan-pemimpin-umno.html
"Saya pun pernah jadi pelajar, (tetapi) kerana dasar Umno yang kamu dapat masuk universiti.
“Apa salah Umno? Balik nanti renung siapa saya, siapa ibu-bapa saya, bagaimana saya jadi macam ini. Renungkan kerana kita sudah lupa kerana kita orang Islam tetapi tak bersyukur apa yang kita ada,”
Ini adalah petikan kata-kata Tengku Adnan Tengku Mansor dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Nadi Negara di PWTC yang dilaporkan Malaysiakini. Jika saya salah petik, sila salahkan wartawan dan editor Malaysiakini.
Saya pernah dengar ayat yang hampir sama seperti kata-kata Tengku Adnan ketika saya masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi dalam sesi induksi pelajar baru. Malah dalam latihah BiroTata Negara, saya mendengar ayat-ayat yang hampir serupa.
Penggunaan sentimen "Melayu", "ibu bapa", "Tuhan" dan "agama" adalah modus operandi mencuci otak budak-budak Melayu yang masih muda dan kosong seperti saya ketika itu.
Bagi saya ini adalah ungkapan biadab gerombolan pemimpin Umno kepada anak Melayu.
Saya ambil keratan kata-kata Tengku Adnan "bagaimana saya jadi macam ini” untuk saya jelaskan. Penjelasan saya ini adalah buat anak-anak muda di luar sana.
Selepas diindoktrinasi di IPT, saya pulang ke kampung bertemu ayah. Dalam satu sesi, rakan-rakan ayah saya dari gerombolan Umno totok sedang berbual dan saya dipanggil lepak bersama. Saya masuk dan duduk dengan rasa segan dan hormat berdepan dengan orang-orang otai tua Umno ini.
Mereka tanyakan bagaimana perasaan masuk menara gading sebagai pelajar? Saya jawab “biasa saja”.
Rupanya soalan ini hanya mukadimah, otai-otai Umno ini kemudiannya memberi ceramah yang kekal dalam iingatan saya hingga hari ini.
Kata mereka, kerana Umnolah, budak seperti saya merasa masuk menara gading, tanpa Umno budak seperti saya takkan dapat bersaing. Dan yang paling saya tidak lupa bila mereka katakan, keputusan peperiksaan SPM saya hanya syarat, bukan keputusan itu yang melayakkan saya masuk universiti, tetapi usaha Umno.
Otai-otai ini berceramah sambil tersenyum memegang bahu saya dan berpesan "jangan lupa jasa Umno". Selepas itu, mereka bergelak ketawa gembira.
Selepas sesi itu saya merasa sangat resah. Saya rasa sia-sia belajar siang malam untuk skor peperiksaan kerana akhirnya usaha itu rupa-rupanya bukanlah pencapaian saya, tetapi usaha dan pencapaian pihak lain.
Kata-kata mereka menggambarkan seolah-olah saya ini robot yang sekadar “belajar” mengikut waktu dan perlu berdisiplin, seterusnya dimasukkan ke kilang universiti untuk nanti dikeluarkan menjadi produk Umno. Saya sebagai produk ini kelak akan dijaja kepada umum sebagai kejayaan Umno.
Saya rasa perasaan yang begitu sial.
Selepas peristiwa itu, otak saya sebagai pelajar rosak teruk. Saya seterusnya mengambil jalan sukar dalam hidup, saya konflik dengan diri sendiri, merasa rendah jiwa yang amat dan saya jadi liar.
Saya kemudiannya mengambil pilihan yang drastik dan melampau dalam usia yang terlalu muda. Saya mula mencipta pelbagai masalah dengan fakulti, dalam kelas, tidak hadir peperiksaan, berfoya-foya dan akhirnya saya menggagalkan diri saya dan seterusnya dibuang dari ITM.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: