Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen

Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen
link : Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen

Baca juga


Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen



Demikianlah Artikel Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen

Sekianlah artikel Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azalina akan putuskan jika laporan RCI forex perlu bahas di Parlimen dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/azalina-akan-putuskan-jika-laporan-rci.html
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan membuat keputusan selepas mendapat surat bertulis daripada Lim Guan Eng yang meminta laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat.
Azalina-Othman_lim-guan-eng_parliment_60
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said akan memutuskan sama ada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an akan dibahaskan di Parlimen.
Azalina yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen berkata, perkara itu akan diputuskan selepas beliau menerima surat pemberitahuan secara bertulis daripada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang meminta laporan berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat, walaupun ia tidak berada dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
“Apa yang dibawa Bagan agak baru, surat pun saya tidak terima. Beri saya sedikit masa,” kata Azalina.
Sebaik sahaja Dewan Rakyat selesai membahaskan Aturan Urusan Mesyuarat pada jam 12 tengah hari, Lim bangun meminta kepastian sama ada laporan RCI setebal 400 muka surat itu akan dibahaskan di Dewan Rakyat.
“Saya nak dapat kepastian kerana kita tidak ada masa bincangkan satu laporan RCI yang begitu serius, buat kali pertama syor adalah ambil tindakan ke atas perdana menteri dan menteri kewangan masa itu.
“Adakah ia akan dibahaskan, saya nak dapatkan kepastian bolehkah masa diberikan untuk dibincangkan perkara ini. Bolehkah kita bahaskan perkara ini?” soal setiausaha agung DAP itu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said bagaimanapun berkata, perkara itu terpulang kepada kerajaan kerana laporan RCI tidak dimasukkan dalam urusan perbahasan hari ini.
“Terpulang kepada pihak kerajaan. Saya percaya menteri akan beri jawapan selepas dapatkan kepastian. Buat masa ini (laporan RCI) tidak ada dalam peraturan mesyuarat,” katanya.
Lim berkata, beliau akan menghantar surat bertulis kepada Azalina berhubung perkara itu.
Hari ini adalah hari terakhir Dewan Rakyat bersidang untuk tahun ini.
Laporan RCI yang diserahkan kepada ahli Parlimen hari ini mengesyorkan polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut.
Menurut laporan setebal 400 muka surat itu, siasatan berkenaan perlu dilakukan ke atas semua pihak terlibat, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kakitangan BNM.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: