Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan

Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan
link : Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan

Baca juga


Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan

Pengerusinya, P Waythamoorthy juga berharap PH akan memberikan sesetengah kerusi yang tidak boleh dimenangi mereka kepada kumpulan hak asasi India itu.
P-Waythamoorthy-hindraf-mengundiSEREMBAN: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) akan berunding dengan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menggunakan logo gabungan pembangkang itu.
Pengerusinya, P Waythamoorthy juga berharap PH akan memberikan sesetengah kerusi yang tidak boleh dimenangi mereka kepada kumpulan hak asasi India itu.
“Kerusi yang mereka kalah sebelum ini, yang mereka tak boleh (menang)…berikan kami peluang kerana itu akan berikan signal kepada akar umbi India, kita akan menjadi wakil dalam Pakatan.
“Di mana-mana saya pergi, mereka tanya saya, PPBM adalah parti berasaskan Melayu, Amanah parti Melayu Muslim, PKR dan DAP adalah parti pelbagai kaum, tetapi mereka tak mampu untuk mengambil hati masyarakat India bawahan,” katanya kepada FMT malam tadi selepas sambutan ulang tahun ke-10 Perhimpunan Aman Hindraf.
Waythamoorthy berkata, Hindraf sudah menghantar permohonan untuk mendaftar sebagai sebuah parti, tetapi beliau menjangkakan ia tidak akan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Oleh itu, beliau berharap dapat bertanding atas tiket PH bagi mewakili golongan akar umbi India di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Masyarakat


Demikianlah Artikel Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan

Sekianlah artikel Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/hindraf-mahu-bertanding-pru14-atas.html
India bawahan ini di samping menghormati pemimpin India dalam Pakatan, mereka juga mahukan Hindraf mewakili mereka di Parlimen dan DUN.”
Pada 17 Ogos lalu, Waythamoorthy menemui Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyuarakan hasrat Hindraf menyertai atau bersekutu dengan 4 parti pembangkang itu.
Pertemuan bekas perdana menteri dengan Waythamoorthy dilihat sebagai pengiktirafan negarawan itu terhadap pengaruh Hindraf, menjelang PRU14 yang bakal menyaksikan BN berdepan cabaran paling sengit.
Dr Mahathir turut mengakui pengaruh Hindraf mampu memperkasakan jentera PH kerana sokongan pengundi India kepada pembangkang adalah kritikal.
Hindraf merupakan pergerakan kaum India yang terkenal dengan protes besar-besaran beberapa bulan menjelang PRU 2008, yang menyaksikan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dan peralihan sokongan India kepada pembangkang di kerusi majoriti kaum itu.
Pada PRU 2013, Waythamoorthy dilantik senator oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, susulan persefahaman dengan BN untuk menjaga kepentingan kaum India.
Waythamoorthy bagaimanapun meletak jawatan daripada Kabinet kurang setahun kemudian kerana mendakwa BN gagal menunaikan janji dalam persefahaman yang dimeterai semasa kempen PRU.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :