Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS

Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS
link : Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS

Baca juga


Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS



Demikianlah Artikel Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS

Sekianlah artikel Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini sebab mengapa Anwar patut dibebaskan, kata peguam AS dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/ini-sebab-mengapa-anwar-patut.html
Kimberley Motley berkata Anwar dimasukkan ke hospital, telah menjalani hukuman penjara lebih 1,000 hari, dan dunia memerhati bagaimana Malaysia memperlakukan rakyatnya.
Kimberley-Motley-mengapa-Anwar-patut-dibebaskanKUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara “serta merta dan tanpa syarat”.
Peguam Anwar, Kimberley Motley berkata beliau mendesak permohonan itu kerana Anwar dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan, dan telah menjalani 1,000 hari pemenjaraan daripada hukuman 5 tahun untuk kesalahan liwat.
Peguam hak asasi manusia itu berkata jika Malaysia mahu dihormati masyarakat dunia dan lebih banyak pelaburan asing mengalir masuk, Malaysia patut bebaskan Anwar, yang beliau gelar banduan hati nurani.
Beliau dalam kenyataan juga berkata, sebarang cadangan kononnya pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah.
Pada Mac 2014, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan untuk membebaskan Anwar oleh Mahkamah Tinggi dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Pada 10 Februari tahun berikutnya, Mahkamah Persekutuan mempertahankan keputusan itu. Dengan peringanan hukuman sebanyak 1/3, Anwar yang berusia 70 tahun itu sepatutnya keluar penjara Jun tahun depan.
Mengatakan situasi penyabitan Anwar “sangat tidak adil dan satu pelanggaran hak paling asasinya secara terang-terangan”, Motley mengingatkan kerajaan yang “dunia sedang memerhati layanan kamu terhadap Anwar Ibrahim dan bagaimana kamu respon kepada permintaan untuk membebaskan banduan hati nurani itu”.
“Jika kamu sememangnya mahu berterusan menjalin hubungan diplomatik dan ekonomi dengan AS dan negara lain, maka kami gesa kamu untuk serta-merta pulihkan keadaan. Buktikan kepada dunia yang Malaysia sememangnya mahu menghormati kebebasan dan maruah asasi rakyat, bermula dengan Anwar.”
Kimberley berkata, “Saya faham ia telah diperkatakan yang pentadbiran Trump menyokong Najib selepas pertemuan di Rumah Putih. Ini benar-benar memberi gambaran salah tentang kedudukan di AS sebagaimana yang saya fahami.”
“Terdapat kebimbangan serius disuarakan di AS berhubung pemenjaraan Anwar Ibrahim.
“Pentadbiran AS sudah kerap kali menzahirkan kebimbangan atas pemenjaraan Anwar; begitu juga para pemimpin Kongres AS, diplomat pelbagai negara dan juga agensi hak asasi manusia antarabangsa.”
Motley berkata Malaysia patut mengambil kira yang Trump tidak melawat Malaysia dalam lawatan Asia baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: