KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’

KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’ - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’
link : KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’

Baca juga


KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan awal Malaysia perlu dilihat semula dengan membuat tindakan susulan agar tidak terus menjadi kucar-kacir.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kegagalan ini menjadikan guru sebagai kambing hitam apabila sejumlah 169 daripada 282 sekolah yang dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (bersamaan 60 peratus), hanya mencapai tahap ‘gagal’ atau ‘memuaskan’ hasil pemeriksaan penarafan amalan terbaik KBAT.
Nurul Izzah Anwar “Perlu kita ingat, jumlah populasi kajian sebanyak 282, hanyalah sekelumit daripada bilangan keseluruhan 10,180 sekolah di Malaysia pada penghujung Julai 2016.
“Sebelum kita sibuk menyalahkan pihak guru tentang statistik ini, adalah wajar jika kita dapat meneliti implementasi sistem KBAT ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, naratif yang dicanang Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mempamerkan kegusaran kementerian bahawa guru-guru kita masih belum bersedia sepenuhnya untuk sistem pendidikan berasaskan KBAT.
“Apa yang kita inginkan, agar para guru dan pelajar kita dapat berubah; daripada pendekatan berasaskan penghafalan teori dan konsep semata-mata, kepada proses pembelajaran yang berlandaskan pemikiran terbuka, kritis dan penuh aplikasi.
“Tetapi, langkah Kementerian selepas pembentangan Pelan


Demikianlah Artikel KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’

Sekianlah artikel KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KBAT: Guru hanya jadi ‘kambing hitam’ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/kbat-guru-hanya-jadi-kambing-hitam.html
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 kurang jelas terutamanya dalam memandu para guru dan pelajar ke arah gaya pemikiran yang baru,” katanya.
Ujarnya, tidak mudah bagi membiasakan barisan guru yang komited dan pelajar yang sudah terlalu terbiasa dengan cara pembelajaran lama.
“Anjakan yang digesa kementerian adalah terlalu mendadak, dan masih membelenggu tenaga pengajar sehingga hari ini.
“Bukankah lebih baik jika kementerian menjalankan kajian segenap negara, sebelum mendesak perubahan pola pembelajaran yang mengejut?” soalnya.
Nurul Izzah berkata, tugasan guru yang seharusnya tertumpu pada perkongsian ilmu dengan anak-anak, kian ditokok tambah dengan beban kerja yang berterusan.
“Tugas pentadbiran, pengisian laporan dan data atas talian, penganjuran aktiviti sekolah, penyertaan kursus dan latihan yang keterlaluan semakin menekan para pendidik.
“Sehinggakan tugas hakiki sebagai pengajar yang mencambah minda pelajar tidak dapat dijalankan dengan lancar,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai ini juga turut risau dengan kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan (NUTP) mengenai beban tugas guru dan polisi pendidikan negara yang kerap berubah saban tahun, langsung diabaikan kementerian berwajib.
“Adakah kementerian lupa, para guru adalah insan paling tepat untuk menilai keberkesanan satu-satu inisiatif pendidikan?
“Mereka jualah yang bertemu para pelajar setiap hari, ibarat ibu bapa kedua bagi anak-anak yang masih bersekolah.
“Saya menyarankan pihak kementerian lebih proaktif dalam isu keberkesanan pembelajaran berdasarkan KBAT,” katanya.
Tambahnya, di sebalik tudingan jari yang tidak putus-putus ke arah para guru, dengarilah rintihan mereka tentang kaedah dan cara pelaksanaannya yang mengelirukan dan membebankan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :