Judul : KENAPA PARTI TUN MAHATHIR SELALU BERDEPAN MASALAH DENGAN ROS?
link : KENAPA PARTI TUN MAHATHIR SELALU BERDEPAN MASALAH DENGAN ROS?
KENAPA PARTI TUN MAHATHIR SELALU BERDEPAN MASALAH DENGAN ROS?
Daripada tidak dibenarkan menggunakan nama Bersatu dan akhirnya ditukar kepada PPBM, logo bunga rayanya juga terpaksa dilakukan pindaan bagi memenuhi kehendak RoS itu.
Dikatakan nama Bersatu yang merupakan perkataan umum adalah tidak dibenarkan untuk sesebuah parti, tetapi sebelum itu nama Amanah tidak pula menjadi masalah untuk digunapakai.
Selain itu, pendaftaran Pakatan Harapan yang dipengerusikan Tun Mahathir sehingga ini masih lagi tiada khabar berita mengenainya.
Pada peringkat awalnya, RoS dilaporkan meminta agar logo Pakatan Harapan diubah, namun setelah ianya diubah-suai, lebih tiga bulan masa berlalu, tidak juga diketahui apa kesudahannya.
Demikianlah Artikel KENAPA PARTI TUN MAHATHIR SELALU BERDEPAN MASALAH DENGAN ROS?
Sekianlah artikel KENAPA PARTI TUN MAHATHIR SELALU BERDEPAN MASALAH DENGAN ROS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KENAPA PARTI TUN MAHATHIR SELALU BERDEPAN MASALAH DENGAN ROS? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/kenapa-parti-tun-mahathir-selalu.html
large;">Yang diketahui hanyalah Ketua Pengarah RoS sudah bertukar jawatan dan digantikan dengan orang baru.
Tidak diketahui sama ada ia pertukaran jawatan itu merupakan pertukaran biasa, kenaikan pangkat atau suatu helah untuk melengah-lengahkan kelulusan Pakatan Harapan.
Iyalah, dengan orang baru mengetuai RoS, sudah tentu alasan beliau perlukan lebih masa untuk menyemak dan meneliti permohonan Pakatan Harapan itu sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.
Jika orang lama sudah sebelum ini sudah mengambil masa tiga bulan untuk menyemak dan meneliti, orang baru mungkin perlukan masa empat bulan pula untuk tujuan yang sama.
Akhirnya masa tujuh lapan bulan akan berlalu begitu saja. Sampai ketika tujuh lapan bulan nanti, mungkin pilihanraya sudah tiba atau boleh saja dicari alasan yang lain pula.
Kenapakah agaknya susah sangat mahu memberi kelulusan kepada Pakatan Harapan sedangkan seperti yang pernah disebut oleh Tun Mahathir, semua syarat-syarat yang dikehendaki sudah dipenuhi?
Read More / Baca Lagi >>