Judul : Mahathir menguak semula tafsiran sejarah
link : Mahathir menguak semula tafsiran sejarah
Mahathir menguak semula tafsiran sejarah
Politik Malaysia kini memasuki babak menarik. Lebih-lebih lagi setelah bergabungnya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pakatan parti pembangkang. Dengan langkah barunya ini, beliau dalam diam membuka kembali perbahasan tentang “bagaimana cara kita mengamati sejarah.”
Dengan beralihnya kubu Mahathir dari pihak pemerintah kepada parti pembangkang, akan banyaklah sejarah lama diungkit semula.
Namun, ia bukanlah sejarah lampau sangat pun, tidak memamah ratusan atau ribuan tahun. Sebaliknya, ia hanya sejarah beberapa dekad sahaja dan sebahagian dari kita masih lagi menyimpan memori dan dokumen-dokumen mengenainya.
Meskipun hanya beberapa dekad, anehnya perbincangan mengenai sejarah kebelakangan (recent past) ini tetap sahaja bersimpang siur. Seolah-olah betapa pendeknya jarak kita dengan sejarah itu tidak menjamin kesempurnaan kita dalam membacanya.
Sebagai contoh, ingatan kita pada Operasi Lalang 1987.
Sebahagian di kalangan pembangkang dan masyarakat sivil secara tegas dan tekal menganggap Mahathir bertanggungjawab secara penuh terhadap peristiwa tersebut. Dalam kata lain, Mahathirlah puncanya.
Meskipun beliau menyebut hanya bertindak atas nasihat polis. Ini adalah pembelaan Mahathir, yang tentunya dilihat berbeza dengan kehendak pihak yang menyabitkan kesalahan ke atasnya.
Dalam pertentangan ini, tampaknya sejarah dibaca dengan dua sisi
Demikianlah Artikel Mahathir menguak semula tafsiran sejarah
Sekianlah artikel Mahathir menguak semula tafsiran sejarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahathir menguak semula tafsiran sejarah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/mahathir-menguak-semula-tafsiran-sejarah.html
yang berlawanan.
Pertama, sejarah sebagai kebenaran yang tidak boleh diolah-olah lagi, seperti yang selama ini dipercayai kalangan pembangkang dan masyarakat sivil.
Dan kedua, sejarah yang cuba disusun semula oleh Dr Mahathir dengan membuka ruang untuk pentafsiran baru.
Lagi dipaksa, lagi terkuak
Percanggahan ini memberitahu kita yang sejarah bukanlah peristiwa mati. Ia sebenarnya hidup, boleh bangkit semula berdasarkan kaitannya dengan masa kini, bagaimana ia dibentangkan semula serta keperluan semasa bagi proses menuntut keadilan.
Maka, tidak wajar jika ada pihak yang ingin memaksakan pentafsiran sejarah yang tunggal, seperti mana yang dilakukan segelintir di kalangan pembangkang dan masyarakat sivil tentang Mahathir dan Operasi Lalang. Tindakan itu hanya memancing lagi perbincangan.
Bukankah itu yang terjadi apabila pemerintah memaksa pentafsiran sejarah yang berat sebelah dan menjadikannya versi rasmi dan muktamad. Akhirnya, ada yang tidak berpuas hati tampil mengemukakan tafsiran yang sama sekali berbeza.
Sebab itu dalam bab pentafsiran sejarah ini, kalangan pembangkang dan masyarakat sivil yang saya sebut di atas sama sahaja dengan pemerintah. Kedua-duanya enggan melayan pembacaan perspektif yang berbeza.
Kedua-dua pihak ini saling bersifat kuku besi antara satu sama lain.
Read More / Baca Lagi >>