Mengapa 1MDB dapat layanan khas?

Mengapa 1MDB dapat layanan khas? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa 1MDB dapat layanan khas?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa 1MDB dapat layanan khas?
link : Mengapa 1MDB dapat layanan khas?

Baca juga


Mengapa 1MDB dapat layanan khas?



Demikianlah Artikel Mengapa 1MDB dapat layanan khas?

Sekianlah artikel Mengapa 1MDB dapat layanan khas? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa 1MDB dapat layanan khas? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/mengapa-1mdb-dapat-layanan-khas.html
Pada 19 November lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengesahkan Kabinet mengarahkan pengeluaran permit dibekukan kepada pemaju yang hendak membina pusat beli-belah, bangunan komersial dan kondominium berharga RM1 juta ke atas, berkuat kuasa 1 November.
“Jumlah kondomium, pusat beli-belah dan pejabat komersial melebihi permintaan, oleh yang demikian Kabinet buat keputusan menghentikan sementara pembangunan bernilai RM1 juta ke atas. Untuk sementara sahaja,“ kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan projek perumahan berharga RM300,000 ke bawah boleh diteruskan dan permit pembinaan dibenarkan untuk sesetengah negeri yang mempunyai keperluan terhadap hartanah.Pada 17 November lalu, media memetik Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai berkata, ketidakseimbangan pasaran hartanah boleh memberi risiko besar ke atas keseluruhan ekonomi sekiranya berlaku kejutan.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan hartanah kediaman tidak terjual yang tinggi, iaitu 130,690 unit bagi tempoh sehingga suku pertama 2017, khususnya rumah berharga lebih RM250,000 manakala kadar kekosongan pejabat dijangka mencecah 32 peratus pada 2021.
Katanya, kira-kira 140 pusat beli-belah akan menyertai pasaran hartanah di negeri utama menjelang 2021 dan ia akan memburukkan lagi lebihan penawaran serta berpotensi menjadi lebih teruk berbanding semasa krisis kewangan Asia (1997).
Menurut BNM, masalah lambakan kediaman tidak terjual dan ruang komersial kosong paling teruk di Johor (27 peratus), Selangor (21 peratus), Kuala Lumpur (14 peratus) dan Pulau Pinang (lapan peratus). Jumlah unit kediaman yang tidak terjual hari ini ialah pada kadar tertinggi bagi dekad ini, dan punca utamanya ialah bilangan projek perumahan baru yang tidak selaras dengan apa yang mampu dibayar oleh isi rumah.
Walaupun secara umumnya langkah pembekuan tersebut dilihat wajar namun terdapat beberapa persoalan dan masalah yang timbul.Pertama, apakah pembekuan tersebut mengambilkira punca sebenar masalah lambakan hartanah atau hanya langkah sepontan?

Kedua, apakah masalah kemampuan pemilikan rumah oleh rakyat telah diambilkira? Di Johor umpamanya, Kerajaan Negeri bercadang menurunkan kadar minimum pemilikan harta tanah kepada RM1 juta untuk warga asing. Apakah ini kaedah terbaru menangani masalah itu atau ia akan membuka masalah baru?
Ketiga, apakah sebab sebenar mengapa pemaju perumahan terus membina projek mewah walaupun ada lambakan hartanah?
Keempat, apakah pembekuan tersebut hanya melibatkan Kuala Lumpur sedangkan laporan BNM dengan jelas menunjukkan Johor antara negeri paling teruk berhadapan masalah itu? Terdapat kekeliruan yang timbul antara arahan Kabinet dan kenyataan oleh Menteri Kewangan II.
Kelima, bagaimana pembekuan hartanah berharga RM1 juta ke atas boleh menyelesaikan masalah lambakan rumah berharga RM250,000 seperti yang dilaporkan BNM? Skim perumahan PR1MA pula kebanyakannya melibatkan rumah berharga sekitar RM400,000, yang menurut dapatan BNM juga masih dalam kategori tidak mampu dimiliki dan bakal tidak terjual.Keenam, mengapakah ada pengecualian terhadap pembekuan bagi projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange yang berkait dengan 1MDB? Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz seperti dilaporkan media berkata projek Bandar Malaysia tidak akan dikenakan larangan berkenaan memandangkan pembekuan itu tidak bersifat menyeluruh.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: