Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua

Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua
link : Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua

Baca juga


Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua



Demikianlah Artikel Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua

Sekianlah artikel Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Merampas kembali sejarah kaum muda, kuburkan politik tua dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/merampas-kembali-sejarah-kaum-muda.html

“Sejarah bukan masa lampau. Ia adalah masa sekarang. Kita membawa sejarah bersama-sama kita. Kita adalah sejarah. Jika kita berpura sebaliknya, sesungguhnya kita adalah penjenayah” – James Baldwin

MERENUNG kata-kata James Baldwin tentang sejarah membawa saya semula ke pertengahan tahun 90-an. Saya teringat semasa di kelas, melihat buku sejarah berwarna coklat, mendengar guru sejarah sambil kipas yang tergantung di siling terus berputar. Ketika itu tengah harinya panas, cerah dan matahari terang memancar.
Perhatian saya tertarik khususnya pada cerita Tok Janggut – bagaimana dia dibunuh kejam kerana melawan pemerintahan penjajah British. Saya ingat jelas perasaan betapa ngerinya apabila mengetahui peristiwa berdarah ini. Sebagai seorang gadis muda, saya memahami bahawa dunia sekitar ini penuh keganasan dan kekejaman.
Saya kemudiannya dibawa ke bab berikut dalam buku sejarah. Bab yang menceritakan bagaimana kumpulan elit yang dikenali sebagai United Malay National Organisation (Umno) berjaya berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan. Buku sejarah ini menggambarkan Umno sebagai wira, wira tunggal yang memperjuangkan kemerdekaan negara yang kita gelar kini Malaysia.
Pencapaian Umno diagungkan tanpa hentinya. Kepahlawanan Umno berdengung di segenap tempat.
Saya berkata kepada diri ada sesuatu yang tidak kena, ada satu rasa yang mengganggu sanubari. “Bagaimana dengan Tok Janggut?” “Mengapa mereka seperti Tok Janggut tidak diserta bersama dalam naratif ini? Tidakkah dia berjuang untuk kemerdekaan kita?”
Saya merasakan buku sejarah ini telah melangkau satu episod penting dalam sejarah negara kita. Saya dapat merasakan ada sesuatu yang tertinggal dalam rantaian kejadian sejarah tetapi saya tidak dapat menentukan apakah ia sebenarnya. Pertanyaan ini saya tinggalkan begitu sahaja.
Sepuluh tahun kemudian, saya tidak punya pilihan melainkan merenung kembali pertanyaan ini selepas menonton "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka" oleh Fahmi Reza – sebuah dokumentari berkenaan sejarah yang berlaku sepuluh tahun sebelum kemerdekaan. Segala persoalan yang mendiami diri saya selama sepuluh tahun mendesak disemak semula.
Kesedaran ini menggesa saya untuk membaca tentang gerakan kiri anti penjajahan yang didorong kaum muda dan digerakkan dengan semangat untuk menegakkan pembebasan, keadilan, dan kemanusiaan yang tidak berbelah-bahagi.
Saya belajar tentang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Angkatan Wanita Sedar (Awas), PUTERA-AMCJA, prinsip-prinsip yang mereka perjuangkan, dan impian yang mereka ingin bina untuk negara kita ini.
Saya merasakan satu ketenangan apabila mempelajari bahawa konsep “Melayu” yang diperjuangkan gerakan kiri anti penjajahan ini sangat berbeza sekali dengan konsep “Melayu” yang dipaksakan oleh Umno dengan sokongan penuh British.
Konsep “Melayu” yang diperjuangkan golongan kiri bersifat anjal, menerima, dan akomodatif ini ternyata berbeza sekali dengan konsep “Melayu” Umno yang memecah-belah dan meminggirkan.
Sifat merangkumi konsep “Melayu” jalur kiri ini dizahirkan dalam Perlembagaan Rakyat 1947. Perlembagaan Rakyat 1947 ini diusulkan oleh satu gabungan yang dikenali sebagai PUTERA-AMCJA yang meliputi PKMM, API, Awas, organisasi-organisasi kecil akar umbi, Malayan Democratic Union (MDU), Malayan Indian Congress (MIC), Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU), 12-State Women's Federation in Malaya, Malayan New Democratic Youth League (MNDYL), dan Malayan People's Anti-Japanese Ex-Service Comrades' Association.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: