Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno

Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno
link : Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno

Baca juga


Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno



Demikianlah Artikel Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno

Sekianlah artikel Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib rakan dipercayai dan diberi perhatian presiden Trump sembang Menteri Umno dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/najib-rakan-dipercayai-dan-diberi.html
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah rakan yang boleh dipercayai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan merupakan rakan yang diberikan perhatian penting termasuk dalam isu-isu yang diketengahkan Malaysia.
Itu kesimpulan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang melihat dan menilai keselesaan dan penghargaan Presiden Trump terhadap Najib terutama ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan di Manila, Filipina baru-baru ini.
Berkongsi pengalaman penyertaannya itu dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, Anifah berkata pada sesi dialog ASEAN-Amerika Syarikat sempena Sidang Kemuncak ASEAN itu, Trump memuji Najib atas peranan cemerlang yang dimainkan oleh Malaysia sebagai negara penyelaras hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat.
Trump turut membuat penegasan di hadapan pemimpin yang hadir mengenai persahabatannya dengan Najib yang telah terjalin sebelum beliau menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat, katanya.
“Perdana Menteri Najib adalah kawan baik saya, sahabat baik saya. Kami telah lama kenal sebelum saya menjadi presiden ketika saya berada di dalam dunia perniagaan. Dalam kehidupan, anda tidak akan tahu di mana kesudahannya”, kata Trump, yang menurut Anifah diungkapkan pada awal sesi dialog itu sambil melihat wajah-wajah pemimpin ASEAN.Anifah (foto) menyifatkan kenyataan Trump bahawa Najib adalah kawan baiknya merupakan satu penghargaan kerana Presiden Amerika Syarikat itu adalah seorang yang "lokek" dengan perkataan yang memuji pemimpin-pemimpin dan negara.

"Tapi dia (Trump) memilih Malaysia, dia kata Datuk Seri Najib adalah kawan baik saya," katanya.
Ini bukan kata-kata yang mudah dikeluarkan Trump, dari segi bahasa gerak-geri, dia juga ikhlas," katanya.
Anifah yang mengikuti rapat gaya Trump sejak berkempen sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapati beliau seorang yang tidak berselindung dan terus terang dalam kata-katanya seperti slogan kempennya "Make America Great Again".
Menurut Anifah, Trump dengan berpandukan slogan berkenaan dalam penyertaan pertamanya pada dialog ASEAN-Amerika Syarikat itu telah menyatakan komitmen tentang kepentingan ASEAN dan menghargai hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat serta turut menggalakkan untuk kerjasama yang saling menguntungkan kedua belah pihak.
Presiden Trump, menurut Anifah, telah menyeru kepada amalan perdagangan yang bebas dan adil bagi menyelaraskan jurang imbangan perdagangan antara ASEAN dan Amerika Syarikat.
Anifah berkata Najib mempunyai kualiti yang menyebabkan Trump menghargainya dan mempercayainya.
Anifah berpendapat sikap konsisten yang dipamerkan Malaysia dalam pelbagai isu dan pendirian seperti Rohingya dan Laut China Selatan menyebabkan Trump menghargai Najib sebagai rakan pemimpin yang boleh dipercayai.

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: