Judul : NAJIB TERDESAK DAN TERCARI-CARI TALIAN HAYAT, HANYA 60 KERUSI BN BOLEH MENANG
link : NAJIB TERDESAK DAN TERCARI-CARI TALIAN HAYAT, HANYA 60 KERUSI BN BOLEH MENANG
NAJIB TERDESAK DAN TERCARI-CARI TALIAN HAYAT, HANYA 60 KERUSI BN BOLEH MENANG
Demikianlah Artikel NAJIB TERDESAK DAN TERCARI-CARI TALIAN HAYAT, HANYA 60 KERUSI BN BOLEH MENANG
Sekianlah artikel NAJIB TERDESAK DAN TERCARI-CARI TALIAN HAYAT, HANYA 60 KERUSI BN BOLEH MENANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NAJIB TERDESAK DAN TERCARI-CARI TALIAN HAYAT, HANYA 60 KERUSI BN BOLEH MENANG dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/najib-terdesak-dan-tercari-cari-talian.html
Perkara pokok yang harus kita fahami ialah apakah Najib Razak sedia melawat Anwar Ibrahim di hospital jika beliau benar-benar kuat untuk menghadapi PRU 14 akan datang?
Masih ingatkah kita bagaimana Najib begitu takut dengan Langkah Kajang yang mahu meletakkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor, lalu proses rayuan kes liwatnya dipercepatkan sehingga perbicaraan berlarutan sampai ke malam?
Lupakah kita, walaupun kes liwat Anwar dikatakan hanya kes peribadi antara Ketua Umum PKR itu dengan Saiful Bukhari Azlan, tetapi kerajaan kemudian melantik Shafee Abdullah, seorang peguam kanan yang mesra UMNO untuk mengetuai pendakwaan yang seterusnya di didedahkan oleh Sarawak Report menerima wang sebanyak RM9.5 juta daripada Najib?
Meskipun Shafee menyatakan tidak masuk akal untuknya menerima wang tersebut, tetapi penafiannya hanya dilakukan beberapa bulan selepas itu, sedangkan sebelumnya beliau sentiasa mengelak untuk memberikan jawapan.
Najib pula, sehingga ke hari ini tidak pernah mengia atau menidakkannya, meskipun wang tersebut turut didakwa bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.
Jika tidak terdesak dan mencari-cari talian hayat, apakah Najib mungkin sudi meluangkan masa menziarahi Anwar setelah didapati bertungkus-lumus mahu "mematikan" semua langkah politik pencabarnya yang hampir menjatuhkannya dalam PRU 2013 lalu?
Hakikatnya, stail politik Najib untuk merapatkan diri dengan lawannya memang selalu bermula dengan ziarah di hospital. Pas dapat dilembutkan hatinya kerana beliau sebelum itu beberapa kali melawat Dr. Haron Din (kini allahyarham) dan Hadi Awang di hospital ketika kedua-duanya menerima rawatan.
Najib ternyata sekali lagi menggunakan pendekatan yang sama untuk menyelamatkan dirinya daripada asakan Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan yang semakin melemaskan dirinya.
Bagaimana Najib begitu terganggu dan dihantui oleh bayangan Tun Mahathir kebelakangan ini dengan kerap membandingkan dirinya dengan bekas Perdana Menteri adalah bukti yang menunjukkan harapan kemenangan semakin jauh daripada UMNO dan BN.
Selain laporan pelbagai agensi yang membuat kajian mengenai kecenderungan rakyat masih lagi memperlihatkan hasil negatif, seseorang yang rapat dengan puncak kuasa di Putrajaya memberitahu, jumlah kerusi Parlimen yang selamat bagi UMNO ketika ini hanyalah sekitar 50 hingga 60 kerusi saja.
Read More / Baca Lagi >>