Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan

Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan
link : Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan

Baca juga


Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan



Demikianlah Artikel Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan

Sekianlah artikel Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ops Lalang: Dr M kesal tahanan diseksa, sanggup dipersalahkan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/ops-lalang-dr-m-kesal-tahanan-diseksa.html
Perkembangan ini 6 hari selepas ulangtahun ke-30 memperingati peristiwa itu, yang merupakan serangan ISA ke-2 terbesar dalam sejarah sejak rusuhan 13 Mei 1969.
mahathir-isa-ops-lalang-3
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sanggup dipersalahkan atas Ops Lalang 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perkembangan ini 6 hari selepas ulangtahun ke-30 memperingati peristiwa itu, yang merupakan serangan ISA ke-2 terbesar dalam sejarah sejak rusuhan 13 Mei 1969.
“Saya diberitahu tahanan diseksa. Saya menyesal tahanan Ops Lalang diseksa. Penyeksaan menyalahi undang-undang,” kata Dr Mahathir di blognya hari ini.
“Saya sanggup dipersalahkan walaupun penahanan itu bukan keputusan saya.”
Awal hari ini, bekas duta Dennis Ignatius dalam satu artikel di FMT menulis Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk operasi itu. “Ketua polis negara masa itu hanyalah rakan subahat. Mengatakan sebaliknya adalah tidak jujur dan tidak ikhlas.”
“Dr Mahathir sekarang boleh akui kebanyakan mereka yang ditahan adalah orang baik-baik yang dia burukkan untuk tujuan politik tetapi itu belum memadai,” kata Dennis, menggesa Dr Mahathir meminta maaf kepada setiap dan semua tahanan atas ketidakadilan yang dikenakan ke atas mereka.
“Dr Mahathir hari ini, tentu sekali, bukan orang yang sama 30 tahun lalu. Dia kini sebahagian daripada perjuangan politik untuk perubahan, dan walaupun sukar untuk dia akui, dia sedang berusaha membetulkan kerosakan yang beliau sendiri lakukan ke atas negara kita.
“Saya harap dia berjaya menghadapi keadaan dengan melakukan apa yang betul,” kata Dennis.
Dr Mahathir hari ini berkata beliau sebenarnya berharap tidak perlu menahan sesiapa pun di bawah ISA semasa tempohnya sebagai perdana menteri.
“Saya bertanya kepada polis sama ada kita boleh lakukan tanpa ISA. Mereka tidak bersetuju, walaupun mengurangkan tempoh tahanan kepada 1 tahun.”
Beliau menambah berkata tindakan pertama semasa menjadi perdana menteri adalah mengarahkan pembebasan 21 tahanan politik yang ditahan di bawah akta itu.
“Saya buat begitu kerana saya tidak suka penahanan tanpa bicara sejak Aziz Ishak ditahan,” kata Dr Mahathir, merujuk kepada Abdul Aziz Ishak, seorang aktivis Kesatuan Melayu Muda dan bekas menteri dalam jemaah menteri Tunku Abdul Rahman.
Aziz ditahan dari 1965 hingga 1966 semasa meletusnya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia atas tuduhan khianat dan bersubahat dengan ejen musuh, bersama pemimpin nasionalis Ahmad Boestaman dan Ishak Muhammad atau Pak Sako.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: