PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE

PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE
link : PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE

Baca juga


PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE



Demikianlah Artikel PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE

Sekianlah artikel PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERJANJIAN: AKUJANJI KHIDMAT RAKYAT BERSAMA INVOKE dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/perjanjian-akujanji-khidmat-rakyat.html



PENDAHULUAN

Perjanjian AkujanjiKhidmat Rakyat (selepas ini dirujuk sebagai“AKUJANJI”) dipersetujui oleh dan dimeterai di antara


INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. (1189364-U), sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysiadan beroperasi di pejabatutama yang beralamat 35-1, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur,Malaysia (selepas ini dirujuksebagai “INVOKE”) di satu pihak;

DAN

(Nama/IC) yang beralamat di (alamat)(selepas ini dirujuk sebagai “YANGBERKHIDMAT”) di satu lagi pihak;


berhubung satu perjanjian di antaraINVOKE dan YANG BERKHIDMAT mengenai perkhidmatan kempen (selepas ini dirujuk sebagai “KHIDMAT KEMPEN” dan seperti tafsiran di dalam AKUJANJIini) yang dibekalkan oleh INVOKE kepada YANG BERKHIDMAT, yang mana:


A.    YANG BERKHIDMAT adalah seorang rakyat Malaysia yang layak untuk menyertai pertandingan politik bagi jawatan-jawatan awam yang diperuntukkan di bawah undang- undangMalaysia di dalam Pilihanraya Umum  ke-14 (selepasini  dirujuk  sebagai “PERTANDINGAN”) dan berhasrat untuk menyertai PERTANDINGAN;

B.    INVOKE bersetuju untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN dengan menggunakan sumbernyadan kepakarannya sebagaikhidmat sokongan membantukempen PERTANDINGAN yang akan, sedang dan/atau telah disertai YANG BERKHIDMAT bagi tujuan meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menangdi dalam PERTANDINGAN; dan

C.   Sebagai pertukaran kepada KHIDMATKEMPEN yang dibekalkan oleh INVOKE untuk membantu kempen PERTANDINGAN itu, YANG BERKHIDMAT bersetuju kepada syarat-syarat yang mengikatdan sah di sisi undang-undang untuk satu tempoh seperti yang dipersetujui di dalam AKUJANJI ini.


Bahawasanya INVOKE dan YANG BERKHIDMAT dengan ini saling bersetuju dengan semua fasal dan perkara seperti yang terkandung di dalam AKUJANJI dan dengan ini, terikat kepada semua fasal dan perkaraseperti yang terkandung di dalam AKUJANJI ini.


FASAL 1:

MAKNA DAN TAFSIRAN
1.1          Perkataan-perkataan yang digunakandi dalam keseluruhan AKUJANJI mempunyai makna dan tafsiran seperti berikut:


Biayaramai
bermakna perolehan dari jualan perkhidmatan padanan khidmat sukarelawan yang dilanggan oleh orang ramai melalui sistem INVOKE;
BN
bermakna Barisan Nasional;
Dana Pilihanraya
bermakna dana tunai yang dikumpulkan oleh INVOKE untuk diperuntukkan dan diserahkan kepada YANG BERKHIDMAT khusus untuk mengendalikan operasi kempen di kawasan PERTANDINGAN semasa tempoh berkempen rasmi yang diumumkan iaitu dari tarikh pembubaran Parlimen kepada saat keputusan diumumkan; tidak termasuk semua kos-kos lain yang membiayai KHIDMAT KEMPEN yang ditanggung secara berterusan oleh INVOKE tanpa menyentuh dana tunai ini;
Jam Kempen
bermakna masa yang dihabiskan menjalankan apa-apa aktiviti kempen (dalam ukuran jam dan dibundarkan kepada jam  terdekat) didarab dengan jumlah sukarelawan atau jentera kempen yang terlibat di dalam aktiviti kempen itu (mengikut konsep “manhours” seperti yang digunakan di dalam industri);
Kajiselidik
bermakna keseluruhan  proses mengenalpasti kecenderongan kumpulan yang diselidiki terhadap sesuatu perkara, meliputi penyediaan data, proses mendapatkan maklum balas dari pengundi, pemprosesan data dan maklum balas dari kajian serta memuktamadkan dapatan berasaskan maklum balas dari kajian;
Kempen
bermakna sebarang dan/atau semua aktiviti, acara, promosi, bahan media, siaran, percetakan atau apa-apa yang fungsinya menyampaikan maklumat mengenai YANG BERKHIDMAT kepada mana-mana pihak;
Leaderboard
bermakna sistem yang dibangunkan oleh INVOKE menggunakan kaedah analisa data besar (“big data analytics”) yang memberi markah kepada setiap tindakan, masa atau apa-apa ukuran perkara yang mempengaruhi     kecenderongan     pengundi     dan


meningkatkan kebarangkalian  YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN, yang dirumuskan dalam bentuk carta mingguan dan/atau bulanan;
Memorandum Pertubuhan
bermakna Memorandum and Article of Association (M&A) yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai latar belakang, syarat-syarat penting penubuhan dan operasi perniagaan INVOKE;
Pengisytiharan Harta
bermakna satu akuan berkanun yang diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di dalam format yang ditentukan INVOKE yang dibuat oleh YANG BERKHIDMAT bagi tujuan menyenaraikan kesemua harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan;
Penggal
bermakna satu tempoh Parlimen selepas satu pilihanraya umum ke satu pilihanraya umum yang berikutnya;
Pentadbir
Bermakna seorang peguam yang berdaftar dan diterima oleh mahkamah-mahkamah tinggi Malaysia, yang dilantik untuk mengendalikan pencalonan dan pelantikan ahli- ahli lembaga amanah Tabung Awam seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 4;
Perlembagaan
bermakna Perlembagaan Persekutuan Malaysia dengan mengambil kira semangat, niat dan tujuan Perlembagaan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 semasa pembentukan Persekutuan Malaysia;
PH
bermakna Pakatan Harapan;
PRU14
bermakna   Pilihanraya     Umum    ke-14    seperti     yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya;
Pusat Telekomunikasi INVOKE
bermakna keseluruhan data, kelengkapan, kakitangan dan kemahiran yang membolehkan INVOKE menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas/maklumat lain dari mana-mana kumpulan, meliputi pusat tele-panggilan berkomputer, sistem maklum balas berasaskan interaktif suara (atau “Interactive Voice Response”) dan mana-mana kemudahan yang seumpamanya;
Sasaran mikro
bermakna kaedah menghantar maklumat melalui pelbagai cara dan medium (contohnya melalui media sosial, emel, whatsapp, pos biasa dan lain-lain) terus kepada seorang pengundi, yang mana maklumat itu telah pun disesuaikan terlebih dahulu mengikut ciri-ciri peribadi dan kecenderongan pengundi itu;



Sistem
bermakna semua data, aplikasi, perisian, kaedah, buku, panduan atau apa-apa bahan khusus, sama ada secara perisian atau kelengkapan, sama ada bercetak atau tidak, sama ada elektronik atau tidak, yang digunakan oleh INVOKE untuk membekalkan KHIDMAT KEMPEN;
Sukarelawan
bermakna individu yang telah mendaftar dengan INVOKE melalui apa-apa kaedah yang butiran (individu itu) ada di dalam sistem INVOKE;
Tabung Awam
bermakna sebuah tabung awam yang ditubuhkan khusus untuk menerima sebarang bayaran akibat pelanggaran AKUJANJI seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 4;
Tahun
bermakna satu tahun kalendar;
UMNO
bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;

1.2          Kecualilah dinyatakan secara jelas dan tersendiri, makna dan tafsiran perkataan- perkataan, frasa-frasa dan ayat-ayat di dalam AKUJANJI adalah tertakluk kepada panduan tafsiran umum sepertiberikut:

(a)          Rujukan kepada individu turut merujuk kepada kumpulanindividu yang sama dan saling terpakai di antara satu sama lain. Contohnya rujukan kepada YANG BERKHIDMAT sebagai seorang ahli politik turut merujuk kepada kumpulan ahli politik yang mana YANG BERKHIDMAT mempunyaipersamaan seperti ahli politik dari parti yang sama, gabungan yang sama, pendirian yang serupa dan seumpamanya.

(b)          AKUJANJI ditulis dengan berlatarbelakangkan senario politikterkini di Malaysia dan sebarangtafsiran mestilah mengambil kira konteks tersebut.

(c)          Tajuk, nombor, perenggan, huruf besar/kecil dan sebarangolahan yang menampilkan AKUJANJIdi dalam bentuk yang ada sepertiini hanyalah digunakan untuk memudahkan bacaan. Sebarang tafsiran mestilah mengambil kira keseluruhan perkataan dan ayat yang dibaca menggunakan latar belakang dan konteks seperti (b) di atas.

(d)          Tafsiran bagi teknologi, bahan,kejadian atau perkarayang bersabit dengan teknologi dan aplikasiyang menjadi sebahagian dari KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan, turut merangkumi sebarang teknologi dan aplikasiyang belum wujud,atau belum dikembangkan sepenuhnya semasa AKUJANJI ditandatangani tetapi dibekalkan sebagai KHIDMATKEMPEN selepas itu.


(e)          Jika tiada perkataanatau frasa khusus di dalam Bahasa Melayu yang menggambarkan sebarang perkara yang tergolong di dalam mana-mana bahagian di dalam AKUJANJIini atas dasar teknologi, tafsiran boleh merujuk kepada Bahasa Inggerisdengan bersandarkan konteks AKUJANJI ini.

(f)           Sebarangperkembangan politikyang berlaku selepastarikh AKUJANJI ini ditandatangani hendaklah ditafsirkan dengan bersandarkan niat, tujuan dan konteks AKUJANJIini bagi tujuan menentukan kesan perkembangan politik itu kepadapersetujuan-persetujuan di dalam AKUJANJI ini.


 

FASAL 2:

PIAGAM      REFORMASI       DAN      TANGGUNGJAWAB     YANG BERKHIDMAT
2.1      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangiakibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalanganorang awam, untuk memperjuangkan reformasi menyeluruh ke arah melahirkan satu bangsa Malaysiayang adil, terangkum, saling menghormati, saling membantu dan salingmemahami.

2.2      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datang dari jawatan awam yang dimenangiakibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalanganorang awam, untuk memupuk semangat kebebasanyang mengembalikan kuasa dan kemerdekaan kepada rakyat terbanyak.

2.3      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk menggunakan kedudukan, pengaruh dan jawatannya, baik secara rasmi yang datangdari jawatan awam yang dimenangiakibat PERTANDINGAN atau tidak rasmi atas pengaruhnya di kalanganorang awam, untukmengusahakan reformasi-reformasi khusus dalamkerajaan dan masyarakat Malaysia seperti berikut:

(a)          Mengembalikan dasar, amalan dan prosedur semua jabatan kerajaan untuk menghidupkan kembali sebuah kerajaan (disemua peringkat) yang berteraskan amanah,kecekapan dan nilai tambah kepada rakyat seiring dengan matlamat Perlembagaan;

(b)          Membebaskan semua institusi yang ditubuhkan untuk mengimbangi kuasa eksekutif(termasuklah badan kehakiman, kuasa pendakwaan negara, pasukan keselamatan seperti PolisDiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, agensi pencegahan rasuah/salah guna kuasa sepertiSuruhanjaya Pencegahan


Rasuah Malaysia dan/ataumana-mana agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa seperti itu dalamapa-apa bidang, majlis-majlis agama Islam dan/ataumana-mana institusi ulama’ yang ditubuhkan bagi tujuanmentadbir urusan agama Islam secara bebas, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia dan mana-mana badan yang penubuhannya bertujuan memberikuasa pengimbang kepada kuasa eksekutif) dari campur tanganeksekutif atau mana-mana pihak berkepentingan, agar institusi-institusi ini dapat menjalankan amanah mereka dengan bebas, saksama, tanpa rasa takut atau dipengaruhi oleh pihak-pihak lain bermatlamatkan kepentingan rakyat dan negarasemata-mata;

(c)           Menghadkan penggal perkhidmatan seorang Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja;

(d)          Memisahkan jawatan dan fungsi seorang Perdana Menteri dari seorang Menteri Kewangan (atau mana-mana anggota Jemaah Menteri yang bertanggungjawab menguruskan kewangan dan perbendaharaan negara);

(e)          Mengembalikan kebebasan tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, kehakimandan perundangan untuk menghidupkan kembali budaya satu cabang kerajaan saling menyemak kuasa yang digunakan cabang-cabang kerajaan yang lain; khususnya dengan meningkatkan pengaruhdan kuasa Parlimen melalui penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Terpilih untukmenyemak tindakan dan prestasieksekutif dan agensi-agensi kerajaan yang lain;

(f)            Membebaskan pilihanraya di semua peringkatdari segala amalan yang berat sebelah kepada satu pihak yang menidakkan hak rakyatuntuk memilih penjawat awam mengikut lunas dan tatacarademokrasi yang diterimapakai mengikut piawainegara-negara bertamadun tinggi;

(g)           Membebaskan media dan sebaran maklumatdari sebarang sekatan yang bertujuan untukmempengaruhi keputusan politik rakyat denganmatlamat melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang matang dalammembuat keputusan berasaskan maklumat yang benar, adil dan tepat; khususnya menaiktaraf Radio Televisyen Malaysia (RTM) kepada sebuahsuruhanjaya penyiaran bebas yang dibiayai oleh kerajaanmelalui Parlimen tetapi tidak tertaklukkepada arahan kerajaan;

(h)          Mengembalikan kegemilangan pendidikan negara dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat pasca ijazah dengan menitikberatkan pemupukan nilai-nilai berdikari, ingin tahu, bersikapadil, saling memahami dan rajin berusahake arah melahirkan insan seimbang yang mencapai potensi masing-masing mengikut bakat,minat dan usaha; dan

(i)            Membangunkan sebuah ekonomi yang saling berlakuadil kepada golongan yang menyediakan modal,golongan pekerja,golongan pengguna dan kerajaan ke arah


melahirkan masyarakat sejahterayang dibina di atas perkongsian laba ekonomiyang adil di antara majikan/pekerja dan pertumbuhan ekonomi yang kekal baik bagi satu tempoh yang panjang.


2.4      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk membuat Pengisytiharan Harta setiap tahun di dalampenggal Parlimen yang mana YANG BERKHIDMAT memegangjawatan awam hasil dari PERTANDINGAN dan/atausepanjang tempoh AKUJANJIini berkuatkuasa, tertakluk kepada tempoh mana yang lebih panjang.

2.5      YANG BERKHIDMAT bersetuju bahawa Pengisytiharan Harta itu akan dipamerkan untuk pengetahuan dan maklumatbagi tujuan semakan umum dan INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang berlaku akibat Pengisytiharan Harta itu.

2.6      YANG BERKHIDMAT bersetuju bahawa sebarangmaklumat berkenaan KHIDMATKEMPEN, PERTANDINGAN atau prestasinya sebagai penjawat awam berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2 boleh dipamerkan untuk pengetahuan dan maklumatbagi tujuan semakan umum danINVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apaperkara yang berlaku akibat sebaran maklumat itu, kecuali (jika) maklumat-maklumat itu tidak tepat, salah dantidak benar sehingga memberi gambaranyang salah mengenai pendiriandan prestasi YANG BERKHIDMAT berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2.

2.7      YANG BERKHIDMAT bersetuju memberi kebenaran kepadaINVOKE untuk menggunakan sebarang maklumat berhubung perkara-perkara di dalam Fasal 2 bagi tujuanKHIDMAT KEMPEN dan tujuan-tujuan yang tertakluk kepada AKUJANJI ini.

2.8      YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk mematuhi semua syarat kerahsiaan maklumat (yang terkandung di dalam AKUJANJIdan/atau mana-manaperjanjian kerahsiaan yang lain yang dipersetujui dengan INVOKE) untuk tidak mendedahkan atau berkongsi sebarangmaklumat yang diperolehi dari INVOKE sama ada yang melibatkan AKUJANJI ini secara langsung atau tidak langsung, tidak kira sama ada maklumatitu disampaikan secara sengaja atau tidak sengaja.

FASAL 3:

KHIDMAT KEMPEN DAN TANGGUNGJAWAB INVOKE
3.1      INVOKE bersetuju untuk membekalkanKHIDMAT KEMPEN untuk membantu YANG BERKHIDMAT memenangi PERTANDINGAN tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT bersetuju untuk membayar sejumlah RINGGITMALAYSIA SEPULUH SAHAJA (RM10.00) sebagai balasan atas KHIDMATKEMPEN itu.

3.2      Secara khususnya, INVOKE bersetuju mengusahakan KHIDMAT KEMPEN secara munasabah  mengikut  sumber  dan  kemampuan yang  ada  pada  masa itu  untuk


memperbaiki kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menangdalam semua dan/atau sebarangkerusi yang beliautandingi di dalamPRU14.

3.3      Tanggungjawab INVOKE membekalkan KHIDMAT KEMPEN merujukkepada keseluruhanperingkat kempeniaitu dari peringkatperancangan, penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan; iaitu dari menyediakan tenaga kerja, menyediakan bahan, menyebarkan bahan kempen, mengusahakan aktiviti kempen, merekrut sukarelawan, memantau sokongan sehinggalah mewakili YANG BERKHIDMAT di peringkatpengiraan undi.

3.4      KHIDMAT KEMPENyang dibekalkan INVOKE kepada YANG BERKHIDMAT merangkumi kempen berikut:

(a)              Khidmat analitik menggunakan teknologi dan kaedah terkini untuk mengukurkecenderongan pengundi bagi tujuan mengenalpasti tahap sokonganpengundi kepadaYANG BERKHIDMAT di dalam PERTANDINGAN;

(b)             Khidmat analitik menggunakan teknologi dan kaedahterkini untukmengenal pasti kempenyang membantu meningkatkan kebarangkalian YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN;

(c)              Khidmat kajiselidik menggunakan Pusat Telekomunikasi INVOKE bagi tujuan kajiselidik pengundi, mobilisasi sukarelawan dan mobilisasi pengundi;

(d)             Penggunaan sistem INVOKEuntuk merekrut sukarelawan dan memadankan sukarelawan dengan aktiviti kempenyang paling sesuaidengan kelapangan, tempat dan latar belakang sukarelawan;

(e)             Penggunaan sistem INVOKE untuk membolehkan maklumat dan bahan kempendisampaikan secara sasaran mikro kepadapengundi;

(f)               Khidmat kandungan kreatif untuk membolehkan bahan kempen YANG BERKHIDMAT disediakan di dalam pelbagaibentuk media mengikutpiawai penjenamaan kempen;

(g)              Mengenalpasti, merekrut, melatih, mensijilkan dan menggerakkan sukarelawan untuk menjadi Ejen TempatMengundi dan Ejen Kiraan Undi (“PACA”) dan mewakili YANG BERKHIDMAT di tempat-tempat mengundi pada hari pengundian PERTANDINGAN;

(h)             Menggunakan sistem INVOKE untuk menganjurkan biayaramai  atau majlis kutipan dana yang bersesuaian seperti yang ditetapkan oleh INVOKEuntuk membiayai KHIDMAT KEMPEN; dan

(i)               Mana-mana bentukkempen yang dirasakansesuai dan munasabahmengikut kemampuandan sumber yang ada pada INVOKE pada ketika itu.


3.5      Sebarang perolehan dari Fasal 3.4(h)adalah milik INVOKE sepenuhnya dan boleh digunakan bagi tujuan membiayaiKHIDMAT KEMPEN atau kos operasi INVOKE atau apa-apa tujuanlain selagi ia tidak melanggarMemorandum Pertubuhan.

3.6      INVOKE bersetuju mengusahakan Dana Pilihanraya berjumlah maksimum Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja(RM20,000.00)bagiYANG BERKHIDMAT yang menyertai PERTANDINGAN di peringkatkerusi Dewan Rakyat; dan maksimum RinggitMalaysia Sepuluh Ribu Sahaja (RM10,000.00)bagiYANG BERKHIDMAT yang menyertaiPERTANDINGAN di peringkatkerusi dewan-dewan undangan negeri.

3.7      Jumlah sebenar Dana Pilihanraya yang diperuntukkan dan diserahkan kepada YANG BERKHIDMAT, tertakluk kepada jumlah maksimum seperti yang ditetapkan di dalam Fasal 3.6 di atas, adalahbergantung kepada perkara-perkara berikut:

(a)              Kedudukan terkini kewangan INVOKE dan kejayaanprogram-program biayaramai dan mengumpuldana yang dijalankan oleh INVOKE;

(b)             Prestasi usaha kempen yang dijalankan olehYANG BERKHIDMAT bermuladari tarikh AKUJANJIberkuatkuasa sehingga ke hari Parlimendibubarkan (atau apa- apa tempoh lain yang ditetapkan INVOKE), yang dimarkahkan dan dijumlahkan mengikut sistem Leaderboard yang memantauberapa banyak Jam Kempendan keberkesanan kempenyang dijalankan; dan

(c)              Keutamaan yang diberikankepada kerusi-kerusi yang lebih mendesakkeperluan kewangannya apabiladibandingkan dengan kedudukan kewangan YANG BERKHIDMAT, setelah dipersetujui bersama di antara INVOKE dan YANG BERKHIDMAT.

3.8      INVOKE bersetuju mengusahakan secara munasabah untuk memadankan jumlah sumber dalam bentuk masa, kewangan dan bahan yang diberikan kepada YANG BERKHIDMAT melalui KHIDMATKEMPEN mengikut panduan-panduan berikut:

(a)              Setiap Jam Kempen menyumbang kepada markahkeseluruhan YANG BERKHIDMAT di dalam sistem Leaderboard;

(b)             Markah kempen yang dikumpul YANG BERKHIDMAT boleh ditukarkan dari semasake semasa dengan bahan-bahan kempen sepertirisalah, kad, poster,butang kempen atau mana-mana bahan kempen yang disediakan INVOKE pada kadar tukaran markah kempen yang ditentukan INVOKE; dan

(c)              Markah kempen yang dikumpul YANG BERKHIDMAT boleh ditukarkan dari semasake semasa dengan peruntukan wang tambahan bagi tujuan sasaran mikro yang dibayar kepada Facebook atau mana-mana mediumlain yang digunakanINVOKE pada kadar tukaranmarkah kempen yang ditentukan INVOKE.


3.9      KHIDMAT KEMPEN yang dibekalkan kepada YANG BERKHIDMAT tidakmemberi apa- apa jaminankeputusan PERTANDINGAN adalahseperti yang dikehendaki YANG BERKHIDMAT. INVOKE tidak bertanggungjawab ke atas apa-apayang berlaku (sama ada secaralangsung atau tidak langsung) akibat dari keputusan PERTANDINGAN.

3.10   Tanggungjawab INVOKE membekalkan KHIDMAT KEMPEN tertaklukkepada kebenaran-kebenaran mengikut kehendakundang-undang yang telah diberikanoleh YANG BERKHIDMAT untuk membolehkan INVOKE (atau ejennya dan/atausukarelawannya) melaksanakan kempen bagi pihak YANG BERKHIDMAT.

3.11   INVOKEbertanggungjawab sepenuhnya kepada semua dan segala tindakandan tanggungjawabnya mengikut kehendakundang-undang dalam membekalkan KHIDMAT KEMPEN. YANG BERKHIDMAT tidak menanggung sebarang liabiliti berhubung operasi INVOKE kecuali yang berkenaandengan tanggungjawab khusus YANG BERKHIDMAT di dalam AKUJANJI ini.


FASAL 4:

PELANGGARAN AKUJANJI
4.1      Sebarang tindakan atau perkaraatau peristiwa yang disenaraikan di bawah diperakui sebagai satu pelanggaran AKUJANJI:

(a)              Sekiranya YANG BERKHIDMAT keluar dari parti atau tiket asal yang digunakan untuk memasukiPERTANDINGAN setelah YANG BERKHIDMAT menang dalam PERTANDINGAN itu, yang mana tindakankeluar parti oleh YANG BERKHIDMAT itu menyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan salah satu dari perkara-perkara berikut:

i.        YANG BERKHIDMAT tidak lagi berpegang kepada piagam reformasidan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyatyang diikat melalui AKUJANJIini seperti di dalam Fasal 2; atau

ii.        BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegangtampuk pemerintahan KerajaanPersekutuan Malaysiaselepas PRU14; atau

iii.         BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampukpemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeriitu) selepas PRU14; atau

iv.         PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoritiparti-parti PH sebagaianggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasiseperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau


v.        PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoritiparti-parti PH sebagaianggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasiseperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14;atau

vi.        PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoritiparti-parti PH sebagaianggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasiseperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengekalkan tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14.


(b)             Sekiranya parti atau tiket asal yang digunakan oleh YANG BERKHIDMAT untuk memasukiPERTANDINGAN telahkeluar dari PH dan sebagaiwakil rakyat yang menang dalam PRU14,YANG BERKHIDMAT ikut serta bersama-sama parti atau tiket asal itu keluar dari PH, yang mana tindakan keluar dari PH (kerana kekal bersama-sama parti atau tiket asal yang keluar dari PH itu) oleh YANG BERKHIDMATitumenyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan salah satu dari perkara-perkara berikut:

i.        YANG BERKHIDMAT tidak lagi berpegang kepada piagam reformasidan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyatyang diikat melalui AKUJANJIini seperti di dalam Fasal 2; atau

ii.        BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegangtampuk pemerintahan KerajaanPersekutuan Malaysiaselepas PRU14; atau

iii.        BN (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai UMNO sebagai tunjangnya) kekal memegang tampukpemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeriitu) selepas PRU14; atau

iv.        PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoritiparti-parti PH sebagaianggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasiseperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas PRU14; atau

v.        PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoritiparti-parti PH sebagaianggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasiseperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14;atau


vi.         PH (atau apa-apa gabungan lain yang mempunyai majoritiparti-parti PH sebagaianggotanya dan gabungan itu turut memperjuangkan piagam reformasiseperti di dalam Fasal 2) tidak dapat mengekalkan tampuk pemerintahan negeri (yang mana kerusi yang ditandingi YANG BERKHIDMAT terletak di negeri itu) selepas PRU14.

(c)              Sekiranyapada mana-mana ketika selepas YANG BERKHIDMAT menang PERTANDINGAN, ada tindakan, atau kenyataan, atau perlakuan, atau undianatau apa-apa perilaku yang di dalam kawalan penuhYANG BERKHIDMAT yang bertentangan dengan prinsip-prinsip piagam reformasidan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikat melaluiAKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2;

(d)             Sekiranya bagi satu tempoh tertentu selepas YANG BERKHIDMAT menang PERTANDINGAN, ada beberapatindakan, atau kenyataan, atauperlakuan, atau undian atau apa-apaperilaku yang di dalam kawalan penuh YANG BERKHIDMAT yang dibuat di dalam tempoh tersebutyang (kesan dari beberapatindakan, atau kenyataan, atau perlakuan, atau undian atau apa-apa perilaku yang di dalam kawalanpenuh YANG BERKHIDMAT dalam tempohtersebut) menyumbang, mempengaruhi atau menyebabkan YANG BERKHIDMAT tidak lagi dapat melaksanakan dengan berkesan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT kepada rakyat yang diikatmelalui AKUJANJI ini seperti di dalam Fasal 2; atau

(e)             Sekiranya prestasi usaha kempen yang dijalankan oleh YANG BERKHIDMAT (pada bila-bila masa bermula dari tarikh AKUJANJI berkuatkuasa sehingga ke hari Parlimen dibubarkan, atau apa-apa tempoh lain yang ditetapkan INVOKE) yang diukur seperti yang dihuraikan di dalam Fasal 3, menduduki tempat paling bawah di dalam senarai semua calon-calon yang memeteraiperjanjian akujanji yang serupaini dengan INVOKE selama tiga bulan berturut-turut bermulabulan Disember 2017.


4.2      YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya berlaku pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4.1(a) dan Fasal 4.1(b), INVOKE berhakmembuat tuntutanbayaran balik atas semua KHIDMAT KEMPEN yang telah dibekalkan di bawah AKUJANJI ini dan YANG BERKHIDMAT perlu membayarsejumlah RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH JUTA SAHAJA(RM20,000,000.00) kepada sebuahTabung Awam yang ditubuhkan khususoleh INVOKE bagi tujuan menerima bayaranpelanggaran AKUJANJI ini (tertakluk kepadahuraian di dalam Fasal 4.3) dalam tempoh TIGA PULUH HARI (30 hari)dari tarikh notis tuntutan dihantar secara pos berdaftarkepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakandi dalam AKUJANJI ini.

4.3      Bagi tujuan bayaranpelanggaran AKUJANJI di dalam Fasal 4.2, INVOKE bertanggungjawab menubuhkan sebuah Tabung Awam sebelum atau selewat-lewatnya


pada  1  Mac  2018  yang perlembagaan  penubuhan  Tabung Awam  itu  mempunyai ketetapan-ketetapan berikut:

(a)              Tabung Awam akan diuruskan oleh satu lembaga pemegang amanah (atauapa- apa nama yang diberikankepada badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam);

(b)             Lembaga pemegangamanah (atau apa-apa nama yang diberikankepada badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam) mempunyaiwakil- wakil dari INVOKE dan tokoh-tokoh yang turut memperjuangkan prinsip- prinsip reformasi yang digariskan di dalam Fasal 2;

(c)              Wakil INVOKE di dalam lembaga pemegang amanah (atau apa-apa nama yang diberikan kepadabadan yang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam) tidak boleh melebihi 40% dari jumlah keseluruhan ahli lembaga pemegang amanah pada satu-satu masa;

(d)             Wakil INVOKE dicalonkan oleh INVOKE melaluisatu pencalonan rasmi yang dihantar kepada seorangPentadbir yang dilantik;

(e)             Ahli-ahli lain di dalam lembagapemegang amanah (atau ahli apa-apa lembaga atau badanyang dipertanggungjawabkan menguruskan Tabung Awam), tertakluk kepada Fasal 4.3(b), dicalonkan melalui satu pencalonan rasmi yang dihantar kepadaPentadbir setelah satu pungutansuara umum diadakanmengikut kaedah yang difikirkan sesuai dan munasabah yang diputuskansecara bersama di antara INVOKE dan Pentadbir;

(f)               Ahli lembaga pemegang amanah(atau ahli apa-apa lembaga atau badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan TabungAwam) tidak akan menerima sebarang gaji, pampasanatau keistimewaan sama ada dalam bentuk tunaidan/atau bukan tunai atas tugas yang dijalankan sebagai ahli lembagapemegang amanah Tabung Awam;

(g)              Sebarang dana, wang, harta atau apa-apa perolehan milik Tabung Awam hanya boleh digunakanbagi tujuan biasiswa pendidikan untuk pelajar-pelajar miskin dari peringkatsekolah rendah hingga ke ijazahpertama;

(h)             Lembaga pemegang amanah bertanggungjawab membangunkan kaedah dan peraturan yang digunakanuntuk mengagihkan sebarangdana, wang, hartaatau apa-apa perolehan milik Tabung Awam dalam bentuk biasiswa pendidikan;

(i)               Tabung Awam tidak boleh menerimaapa-apa dana, wang, harta atau apa-apa perolehan dari mana-mana pihak kecuali yang berhubung dengan pelanggaran AKUJANJI di dalam Fasal 4 ini;dan


(j)               Tabung Awam atau mana-manabadan, syarikat,pertubuhan atau entitiyang ditubuhkan olehnyatidak boleh terlibat dalam sebarangaktiviti perniagaan atau aktiviti lain selainbagi tujuan yang termaktub di dalam Fasal 4 ini.


4.4      YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya berlaku pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4.1(c), Fasal 4.1(d) dan Fasal 4.1(e), INVOKE berhak memberi surat tunjuk sebab memohon penjelasan YANG BERKHIDMAT mengenai pelanggaran yang berlaku yang dihantar secara pos berdaftarkepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakan di dalam AKUJANJI ini.

4.5      YANG BERKHIDMAT bersetuju sekiranya surat tunjuk sebab yang dihantaroleh INVOKE mengikutFasal 4.4 gagal dijawab dalam tempoh30 hari dari tarikh daftar pos, sekiranya pelanggaran AKUJANJI berlaku di bawah Fasal 4.1(c) dan Fasal 4.1(d),INVOKE berhak membuat tuntutan bayaran balik atas semua KHIDMAT KEMPEN yang telah dibekalkan di bawah AKUJANJIini dan YANG BERKHIDMAT perlu membayarsejumlah RINGGITMALAYSIA DUA PULUH JUTA SAHAJA (RM20,000,000.00) kepada sebuah TabungAwam yang ditubuhkan khusus oleh INVOKE bagi tujuan menerima bayaran pelanggaran AKUJANJI ini (tertakluk kepada huraian di dalam Fasal 4.3) dalam tempoh TIGA PULUH HARI (30 hari) dari tarikh notis tuntutan dihantar secarapos berdaftar kepada YANG BERKHIDMAT ke alamat yang digunakan di dalam AKUJANJI ini.

4.6      INVOKE bersetuju bahawa tidak ada sebarang tindakan undang-undang yang diambil sekiranya pelanggaran AKUJANJI berlaku di bawah Fasal 4.1(e).Tanpa prejudis ke atas hak-hak lain yang terkandung di dalam AKUJANJI ini, INVOKE berhak menghantar notis kepada YANG BERKHIDMAT untuk menamatkan AKUJANJI sekiranya tiada jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan mengikut Fasal 4.4; atau sekiranya jawapan yang diberikan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan mengikut Fasal 4.4 tidak memuaskan.


FASAL 5:

PERKARA-PERKARA LAIN
5.1      Hak INVOKE di dalam AKUJANJIini boleh diperturunkan kepada mana-manabadan seumpamanya yang mewarisitanggungjawab, aset, operasidan liabiliti INVOKE.

5.2      INVOKE berhak mengubah mana-manabahagian atau perkaradi dalam AKUJANJI ini dengan hanya memaklumkan YANG BERKHIDMAT secara bertulisdalam tempoh 30 hari perubahan dibuat, kecualibahagian atau perkara yang melibatkan piagam reformasidan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT di bawah Fasal 2, KHIDMAT KEMPEN dan tanggungjawab INVOKE di bawah Fasal 3 dan pelanggaran AKUJANJI di bawah Fasal 4.

5.3      Sebarang perubahan kepada apa-apa bahagianatau perkara yang melibatkan piagam reformasidan tanggungjawab YANG BERKHIDMAT di bawah Fasal 2, KHIDMAT


KEMPENdan tanggungjawab INVOKE di bawah Fasal 3 dan pelanggaran AKUJANJI di bawah Fasal 4; hendaklah dipersetujui secara bersama di antaraINVOKE dan YANG BERKHIDMAT secara bertulis.

5.4      AKUJANJI ini berkuatkuasa dari tarikh ia ditandatangani sehinggalah penggal Parlimen ke-14 (yang bermula selepas wakil rakyat dipilih di dalam PRU14) tamat kerana pembubaran Parlimen; atau sekiranyaia ditamatkan atas sebab-sebab pelanggaran AKUJANJI sepertiFasal 4; bergantung kepada tarikh mana yang berlaku dahulu (di antara pembubaran Parlimenpenggal ke-14 atau pelanggaran AKUJANJI mengikut Fasal 4).




BAHAWASANYA kami, pihak-pihak yang memeterai AKUJANJI ini telah faham sepenuhnya kandungannya dari mukasurat 1 hingga 16 dan denganini menyatakan persetujuan untuk patuh kepada AKUJANJI.


Dimeterai dan ditandatangani pada hari ini, 19 November2017 bersamaan 1 Rabi’ul Awal 1439
di Subang Jaya.






Subscribe to receive free email updates: