Judul : Perkasa: Kemasukan pelaburan China ancam Melayu, pribumi
link : Perkasa: Kemasukan pelaburan China ancam Melayu, pribumi
Perkasa: Kemasukan pelaburan China ancam Melayu, pribumi
Demikianlah Artikel Perkasa: Kemasukan pelaburan China ancam Melayu, pribumi
Sekianlah artikel Perkasa: Kemasukan pelaburan China ancam Melayu, pribumi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perkasa: Kemasukan pelaburan China ancam Melayu, pribumi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/perkasa-kemasukan-pelaburan-china-ancam.html
Timbalan Presiden Perkasa, Sirajuddin Salleh berkata, projek mega yang dijalankan menggunakan dana China langsung tidak menguntungkan rakyat, khasnya golongan pribumi.
KUALA LUMPUR: Perkasa bimbang kemasukan besar-besaran pelaburan dari China akan mengancam hak orang Melayu dan pribumi di negara ini.
Ini kerana, kata Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh, projek mega yang dijalankan menggunakan dana China langsung tidak menguntungkan rakyat, khasnya golongan pribumi.
Beliau berkata, pihaknya juga khuatir perpaduan nasional semakin goyah dan rapuh seperti telur di hujung tanduk, susulan kemasukan pelaburan dari China.
Katanya, keadaan diburukkan dengan tindakan kerajaan meluluskan pembinaan 10 sekolah jenis kebangsaan Cina yang akan “mendalamkan” lagi jurang perkauman.
“Bimbang akan masa depan Islam dan Melayu di bumi yang telah didiami sejak 63,000 tahun lalu.
“Bimbang akan kata-kata Hang Tuah bahawa ‘tak akan Melayu hilang di dunia’, akan hanya tinggal sebagai mitos dan sejarah,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Khas Tahunan Sayap Perkasa Ke-4 hari ini.
Menurut laporan Bernama, setakat November 2016, dagangan dua hala Malaysia dan China mencecah RM170.6 bilion sepanjang tahun lalu, meningkat 1.3% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Pada 26 Oktober lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, keputusan membina 10 sekolah rendah Cina baharu dan memindahkan 6 sekolah sedia ada bertujuan memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina.
Read More / Baca Lagi >>