Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan

Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan
link : Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan

Baca juga


Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan



Demikianlah Artikel Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan

Sekianlah artikel Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/protes-harga-minyak-pemuda-amanah.html

Pemuda AMANAH akan terus mengadakan protes harga minyak menerusi flasmob Gerakan Turun Harga Minyak (Gertak) seperti yang dibuat sebelum ini, dan pada hari ini, ia akan diadakan di susur-susur jalan besar di beberapa tempat tumpuan di beberapa buah negeri seperti di simpang Dengkil-Putrajaya, Shah Alam, Serdang, Taiping dan Alor Setar.
Demikian kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, yang juga Kordinator Gertak, Faiz Fadzil dalam satu kenyataan pagi ini.
Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskanProtes yang bertujuan mendesak kerajaan menurunkan harga minyak ini akan diteruskan di seluruh negara sehingga kerajaan menstabilkan harga minyak ke paras yang sepatutnya mengikut harga minyak mentah dunia yang kami anggarkan sepatutnya dijual pada kadar RM1.90 seliter bagi RON 95, kata beliau.
“Ini adalah kerana harga minyak dunia sekarang hanya USD60 setong dan tidak seharusnya ia dijual dengan kadar yang begitu tinggi hari ini.
“Jelas, kerajaan tidak telus dalam menentukan harga minyak di negara ini,” sambungnya.
Kata beliau lagi, pemansuhan subsidi minyak lebih kurang RM3 bilion setahun telah menyumbang kepada kenaikan harga minyak, ditambah pula dengan masalah kemerosotan nilai ringgit.
“Justeru, kami mendesak kerajaan mengembalikan subsidi minyak dan selesaikan segera skandal 1MDB bagi mengatasi masalah kemerosotan nilai ringgit.
“Jika Perdana Menteri menjadi dalang utama skandal 1MDB, kami mendesak Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan SPRM segera bertindak kerana skandal ini benar-benar telah menjerut hidup rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang terutama harga minyak,” katanya.
Menurut Faiz, sambutan pemandu kenderaan sama ada motosikal, kereta biasa dan mewah serta kenderaan awam yang turut memprotes dengan membunyikan hon dalam protes flashmob yang diadakan, jelas menunjukkan kemarahan rakyat terhadap keangkuhan pentadbiran kerajaan yang sudah lagi tidak peduli terhadap nasib rakyat.

Subscribe to receive free email updates: