‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’

‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’ - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’
link : ‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’

Baca juga


‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’



Demikianlah Artikel ‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’

Sekianlah artikel ‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Sekarang rakyat yang akan jaga Dr M’ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/sekarang-rakyat-yang-akan-jaga-dr-m.html
Pemimpin Pakatan Harapan membidas tindakan polis menarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir, menyifatkan langkah itu 'jengkel' dan 'koman'.
zaid-ibrahim-3
Pemimpin Pakatan Harapan hari ini membidas polis dan kerajaan kerana menarik balik pengawal peribadi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli politik DAP Datuk Zaid Ibrahim berkata polis dan perdana menteri sepatutnya menunjukkan penghormatan pada Dr Mahathir.
“Tindakan yang jengkel dan tidak patut sama sekali…tetapi tidak apa, rakyat pula yang akan menjaga beliau,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata di negara-negara demokrasi yang utuh, bekas pemimpin, sama ada perdana menteri atau presiden, diberi status rasmi dan keistimewaan seperti sebuah pejabat dan ciri-ciri keselamatan.
“Menarik balik perkhidmatan pengawal peribadi menunjukkan demokrasi kita sangat koman,” katanya.
Zaid dan Saifuddin mengulas laporan hari ini yang melaporkan polis menarik balik pengawal peribadi yang disediakan untuk keselamatan Dr Mahathir oleh Unit Tindakan Khas (UTK).
Penarikan balik itu setahun selepas Putrajaya menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu pejabat Dr Mahathir.
Dr Mahathir, yang memimpin negara dari 1981 hingga 2003, merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat. Beliau meletakkan keahlian Umno tahun lepas dan kini mempengerusikan gabungan pembangkang.
Ahli Parlimen DAP Charles Santiago berkata perkhidmatan sama yang diberikan kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga perlu diberikan kepada Dr Mahathir.
“Kalau perkhidmatan diberi kepada Pak Lah, maka ia perlu diberi kepada Dr Mahathir,” katanya.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Dr Mahathir harus diberi pengawal peribadi memandangkan beliau pernah berkhidmat dan menyumbang kepada negara.
“Perkhidmatan itu tidak boleh dipolitikkan, dan tidak boleh ditarik balik semata-mata kerana pendirian Dr Mahathir atau perdana menteri lain.”
FMT sudah menghubungi Ketua polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dan menunggu jawapan beliau.

Subscribe to receive free email updates: