Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14...

Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14... - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14...
link : Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14...

Baca juga


Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14...



Demikianlah Artikel Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14...

Sekianlah artikel Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak mahu bahas laporan RCI forex, PH kata ‘langkah politik’ kerajaan Umno@BN untuk PRU14... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/tidak-mahu-bahas-laporan-rci-forex-ph.html
Pembangkang mempersoalkan mengapa laporan RCI ke atas kerugian yang dialami Bank Negara tidak dibahaskan di Parlimen.
Wan-Azizah_bnm_6003245
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan tidak membincangkan atau membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat dagangan mata wang asing pada 1990-an di Parlimen menunjukkan ia satu lagi “langkah politik”.
Ketua pembangkang mempersoalkan mengapa laporan RCI hanya dibentangkan dan diserahkan pada pembangkang pada pagi hari terakhir sidang Parlimen tahun ini.
“Ini bermotif politik. Laporan ini sudah siap dan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong 6 minggu lalu, sepatutnya diberikan kepada kami lebih awal. Kenapa tidak berlaku? Hari ini ketika kami meminta penemuan dibahaskan, permintaan itu ditolak.
“Ini menunjukkan apa yang kita andaikan sebelum ini mengenai RCI adalah benar. Ia langkah politik daripada isu yang ditimbuklkan semula selepas banyak tahun berlaku untuk mengenakan musuh politik,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula terkejut laporan RCI dibentangkan di hari terakhir sidang Parlimen.
“Laporan ini telah membuat beberapa syor mengejutkan dan apabila saya bangun meminta laporan itu dibahas, menteri berkata keputusan itu akan dibuat kemudian.
“Saya berharap sesuatu yang penting seperti ini akan diberi ruang dan tidak ditutup supaya ia boleh diputuskan kemudian oleh kerajaan persekutuan. Laporan itu mesti dibahaskan di Parlimen.”
Beliau berkata syor yang dibuat oleh laporan itu sangat penting dan memberi kesan yang besar.
“Penemuan ini mencadangkan tindakan diambil terhadap bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan, BNM dan bekas gabenor, semua ahli lembaga pengarah, ketua audit negara, Khazanah dan kementerian lain serta kakitangan mereka. Hampir seluruh sistem kewangan terlibat.”
Katanya, beliau menimbulkan perkara itu di Parlimen pada 1994 dan pada masa itu jumlah yang dilaporkan hanyalah RM10.7 bilion.
“Sekarang jumlah yang dilaporkan ialah RM31.5 bilion. Sekarang kita lihat ada angka yang tidak dilaporkan di Parlimen ketika itu.
“Bagaimana RM21 bilion disembunyikan oleh akaun BNM atau mana-mana akaun lain? Ini menimbulkan persoalan yang serius.”
Lim berkata walaupun angka itu dilunaskan dalam tempoh masa 10 tahun, ia masih tidak masuk akal.
“Tidak mudah untuk melunaskan RM20 bilion walaupun dalam tempoh 10 tahun. Ia akan dikesan oleh pemerhati kewangan antarabangsa. Bagaimana mungkin ia dilakukan sehingga pakar antarabangsa tidak menyedarinya.
“Sekiranya ia dilakukan dalam tempoh 10 tahun, kenapa tidak ada saranan untuk mendakwa perdana menteri dan menteri kewangan pada 2004? Jangan beritahu saya perdana menteri pada masa itu tidak tahu? Adakah anda mahu ambil tindakan terhadap terhadap Pak Lah?” katanya merujuk kepada perdana menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apakah ada konspirasi untuk sembunyikan maklumat? Jadi apa jaminan ada maklumat yang disembunyikan dalam skandal sekarang? Bagaimana jumlah wang yang begitu besar dapat disembunyikan?” soalnya.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata laporan itu bertarikh 13 Oktober tetapi laporan hanya diberikan kepada pembangkang hari ini.
“Padahal mereka boleh meletakkan laporan pada jadual kami pada hari pertama sidang Parlimen sebulan yang lalu.
“Anda bermain dengan RCI ini. Ia sepatutnya menjadi agenda paling penting dalam sesi Parlimen ini,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: