Judul : TPM KINI SESUAI DIGELAR 'USTAZ ZAHID HAMIDI'
link : TPM KINI SESUAI DIGELAR 'USTAZ ZAHID HAMIDI'
TPM KINI SESUAI DIGELAR 'USTAZ ZAHID HAMIDI'
Ketika berucap di hadapan perwakilan Gerakan semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan banjir yang berlaku di Pulau Pinang itu sebagai suatu bala daripada Tuhan.
Apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang Tuhan tunjukkan bahawa ini adalah ketika yang terbaik untuk kita ambil alih Pulau Pinang, kata beliau.
Demikianlah Artikel TPM KINI SESUAI DIGELAR 'USTAZ ZAHID HAMIDI'
Sekianlah artikel TPM KINI SESUAI DIGELAR 'USTAZ ZAHID HAMIDI' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TPM KINI SESUAI DIGELAR 'USTAZ ZAHID HAMIDI' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/tpm-kini-sesuai-digelar-ustaz-zahid.html
margin: 0px; min-height: 26px;">
Biasanya hanya "ustaz-ustaz politik" daripada sebuah parti yang kini menjadi kawan karib UMNO dan BN saja yang ada kemampuan mentafsir kejadian Tuhan di mana jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka, ia dianggap sebagai ujian, sebaliknya kalau berlaku kepada pihak lain yang dimusuhinya, ia dikatakan sebagai bala Tuhan.
Nampaknya kini "Ustaz Zahid Hamidi" juga sudah terjangkit perkara yang sama.
Jika demikian tafsiran atau fatwa daripada "Ustaz Zahid Hamidi", bagaimana dengan banjir yang turut berlaku di banyak negeri lain?
Johor, Perak, Kedah, malah Langkawi juga dilanda banjir sebelum ini?
Lebih daripada itu, pada tahun 2016 lalu, Putrajaya pun dilanda banjir sama?
Beranikah "Ustaz Zahid Hamidi" mengatakan semua itu sesuatu yang dihantar Tuhan sebagai petunjuk bahawa Pakatan Harapan akan mengambil alihnya daripada BN?