UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR

UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR
link : UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR

Baca juga


UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR



Demikianlah Artikel UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR

Sekianlah artikel UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UITM UNTUK BUDAK-BUDAK LEMBAP, KATA ADNAN MANSOR dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/uitm-untuk-budak-budak-lembap-kata.html
NAK mudahkan cerita, saya kata macam inilah: Kalau parti-parti pembangkang, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), “kuchalana” tak perlulah bapak-bapak kepala Umno/Barisan Nasional terus terdesak dan membuat kenyataan yang menyakitkan hari rakyat jelata.
 
Adnan Mansor kata UiTM untuk “slow learners”
Maksud saya macam Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, menggunakan makian “kepala bapak kau” terhadap pembangkang.
Tapi kalau mereka nak buat juga, teruskanlah. Manalah tahu mulut celupar mereka itu baik untuk pembangkang. Dan yang pasti media massa arus perdana macam Utusan akan tolong nafikan bagi pihak mereka apabila mereka kena hentam.
[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Apa yang jelas ialah maki hamun dan cacian mereka berterusan. Semakin terdesak semakin kerap dan keras caci maki mereka.
Yang terbaru adalah leteran Adnan Mansor bahawa Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan bagi menampung pelajar Malayu/Bumiputera yang lembap (slow learners).
Kalau pembangkang kacau-bilau, huru-hara, caca-caca marba maka yang seelok-eloknya dibuat oleh bapak-bapak kepala Umno/BN ialah relaks. Mengapa harus gila-gilaan bikin kepala pusing pak?
Guna sajalah duit rakyat jelata dan pembayar cukai yang beratus bilion ringgit yang dipungut melalui GST itu untuk beli undi. Bukankah itu yang akan dilakukan sebaik saja Belanjawan 2018 lulus di Parlimen?
Tak payahlah maki-hamun rakyat jelata serta perkecilkan pelajar dan lulusan UiTM semata-mata kerana ada siswazah yang dibiayai kerajaan tidak bersetuju dengan Umno.
Mereka sudah cukup derita. Ramai tak ada kerja dan bagi yang bekerja pula mereka kena VSS dan MSS kerana ekonomi lembap. Lembap ini betul. Ekonomi lembap dan pertumhuhan tidak berkualiti. Kalau berminat boleh baca DI SINI.
Sebagai penjelasan, saya sengaja guna pakai istilah Indonesia “bapak kepala” bagi merujuk kepada ketua-ketua Umno/BN kerana saya hendak bezakannya dengan istilah “kepala bapak” yang Najib gunakan ke atas pembangkang baru-baru ini.
Lagi pun, pada akhir-akhir ini bapak-bapak kepala Umno/BN sangat bangga dengan asal usul mereka dari Indonesia – sama ada Bugis seperti Najib, Jawa (Ahmad Zahid Hamidi) dan Aceh (Adnan Mansor). Jadi bagus kalau sekali sekala kita ngomong bahasa Indonesia.
Saya tidak mahu bercerita panjang tentang bebelan Adnan Mansor mengenai pelajar Melayu/Bumiputera yang dituduhnya benci kepada Umno tanpa sebab. Kalau berminat boleh baca DI SINI.
Kalau pembangkang kuchalana (loghat Kelantan), bapak-bapak kepala Umno/BN relaks sajalah dan, kalau mahu, boleh kembali berfoya-foya macam Adnan Mansor sebelum bertemu “hidayah” Umno.
Hujung tahun semakin dekat. Krismas dan tahun baru akan menjelang. Macam yang sudah jadi adat, Najib dan keluarga serta kroni dan “hangers-on” tentulah sedang merancang ke mana hendak pergi berfoya-foya.
Bukan Najib saja kerja kuat dan berhak kepada percutian di luar negara. Para isteri pun berhak juga kerana macam kata Najib, kejayaan pemimpin BN bergantung pada peranan isteri. Kalau berselera bolehlah baca DI SINI.
Bagi pelajar dan alumni UiTM pula, saya rasa eloklah mereka rasionalisasikan kedudukan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: