Judul : 5 seruan Najib kepada ahli Umno untuk hadapi PRU14
link : 5 seruan Najib kepada ahli Umno untuk hadapi PRU14
5 seruan Najib kepada ahli Umno untuk hadapi PRU14
Demikianlah Artikel 5 seruan Najib kepada ahli Umno untuk hadapi PRU14
Sekianlah artikel 5 seruan Najib kepada ahli Umno untuk hadapi PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 5 seruan Najib kepada ahli Umno untuk hadapi PRU14 dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/5-seruan-najib-kepada-ahli-umno-untuk.html
PRESIDEN Umno, Najib Razak hari ini membekalkan lima mesej kepada seluruh ahli dan jentera parti itu untuk masuk ke medan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRu14) dan membawa kemenangan bagi Barisan Nasional (BN).
Lima seruan dan semboyan itu, katanya, akan menentukan gerak kerja Umno dan BN dalam memandu rakyat untuk membuat pilihan yang betul pada PRU14 nanti.
"Mulai tika dan saat ini, kuatkan azam dan gantungkan tekad yang tinggi," katanya pada hujung ucapan dasar membuka Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-71 di Kuala Lumpur, hari ini.
"Kita mara ke medan juang, menuju kemenangan di pilihan raya umum nanti dengan berbekalkan lima seruan dan semboyang perang, penentu kemenangan PRU ke-14."
Lima seruan dan semboyan itu ialah:
Pertama, bergerak sebagai satu pasukan.
Kedua, bergerak dengan keyakinan bahawa Umno berada di landasan betul.
Ketiga, bertindak dengan pantas, selesaikan cabaran yang dihadapi secara syura dan kekeluargaan.
Keempat, bertempur dan bertarung di alam siber dan dunia digital sebagai pejuang siber.
Dan, kelima, bertarung dengan semangat juang dan tekad yang tinggi bahawa kita telah berbuat sehabis baik, berusaha dan merancang semampu mungkin, lalu yang tungal berserah sambil bertawakal kepada Allah SWT.
"Misi kita adalah satu, haluan besar kita juga adalah satu, kekalkan Umno dan Barisan Nasional sebagai parti pilihan utama rakyat, kerana Umnolah pelaksana wasiat pusaka, harapan sejati negara bangsa," kata Najib.
PRU14 perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan, namun beberapa pemimpin kanan BN memberikan bayangan ia mungkin diadakan sebelum April.
Menurut Najib, pada PRU14 nanti, rakyat hanya ada dua pilihan: antara "menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang benderang" atau "kembali ke masa purba dan silam, dengan amalan-amalan kronisme dan pemerintahan kuku besi".
Katanya, pilihan pertama itu adalah Umno dan BN yang "terbukti progresif, sarat dengan rekod-rekod prestasi yang tidak boleh dipertikaikan lagi".
Pilihan kedua pula ialah Pakatan Harapan (PH) di bawah "cengkaman Dinasti DAP", tambahnya.
Najib juga menyindir cadangan PH menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menterinya kalau menang PRU14 dengan mengaitkannya dengan Zimbabwe.
"Dan yang anehnya, sehingga ada yang masih sanggup dipimpin oleh seorang yang usianya seperti senja meniti malam, sedangkan bekas Presiden (Robert) Mugabe di Zimbabwe yang seangkatan umur dengannya, kini telah pun ditolak oleh rakyatnya sendiri," kata Najib.
Cadangan Dr Mahathir jadi perdana menteri itu sehingga ini belum diputuskan oleh PKR pada peringkat parti.
Dalam menggariskan lima seruan dan semboyan itu, Najib berkata, semua ahli Umno dan BN mesti bekerja dengan idealisme dan semangat seperti sebuah keluarga, dengan setia dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan.
"Apabila sudah ada calon yang dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi," kata Najib, yang juga pengerusi BN.
Beliau juga menggesa ahli Umno dan BN supaya masuk ke PRU14 ini dengan keyakinan "akan menang".