Judul : APA LOGIKNYA HISHAMMUDDIN JUGA DIBERI MENANG PERCUMA DALAM PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN?
link : APA LOGIKNYA HISHAMMUDDIN JUGA DIBERI MENANG PERCUMA DALAM PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN?
APA LOGIKNYA HISHAMMUDDIN JUGA DIBERI MENANG PERCUMA DALAM PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN?
Demikianlah Artikel APA LOGIKNYA HISHAMMUDDIN JUGA DIBERI MENANG PERCUMA DALAM PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN?
Sekianlah artikel APA LOGIKNYA HISHAMMUDDIN JUGA DIBERI MENANG PERCUMA DALAM PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APA LOGIKNYA HISHAMMUDDIN JUGA DIBERI MENANG PERCUMA DALAM PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/apa-logiknya-hishammuddin-juga-diberi.html
Ia bermakna, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi akan mengisi kedua-dua jawatan tersebut serta akan terus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya UMNO kekal lagi berkuasa selepas PRU 14 nanti.
Zahid Hamidi sekarang adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden berikutan pemecatan Muhyiddin Yassin bagi jawatan tersebut kerana kritikannya berhubung skandal 1MDB.
Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein pula diputuskan agar terus dikekalkan mengisi salah satu jawatan itu.
Ia secara tidak langsung bermaka, meskipun jawatan Naib Presiden UMNO mempunyai tiga kekosongan, tetapi hanya dua saja yang akan dipertandingkan dalam pemilihan tahun depan.
Hishammuddin, sepupu Najib, dengan sendirinya telah diberi kemenangan percuma bagi jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan tahun depan bersama menangnya Najib sebagai Presiden dan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden.
Ini adalah suatu sejarah baru dalam UMNO di mana hanya dua jawatan Naib Presiden UMNO dipertandingkan dan ia tidak pernah berlaku berlaku sebelum ini.
Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Hishammuddin petang tadi menjelaskan, "Semalam kami telah mengambil ketetapan bahawa jawatan Naib Presiden UMNO - biarpun disandang oleh tiga orang tetapi oleh kerana seorang sahaja penyandang tunggal maka kami menerima bahawa seolah-olah jawatan Naib Presiden kanan ini harus diberikan kepada Hishammuddin.
"Ini adalah satu kaedah di mana kami memikirkan bahawa fokus kita harus kepada PRU 14 dan tidak ada gerak kerja dalam parti bagi menghadapi pemilihan tahun hadapan.
"Ertinya ketiga-tiga pemimpin utama dalam UMNO sekarang akan meneruskan tanggungjawab mereka yang telah diberikan kepercayaan sebulat suara oleh para perwakilan," kata Zahid Hamidi lagi.
Read More / Baca Lagi >>