Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia

Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia
link : Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia

Baca juga


Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia



Demikianlah Artikel Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia

Sekianlah artikel Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa makna kemenangan Najib kepada Malaysia dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/apa-makna-kemenangan-najib-kepada_73.html
Lidah pengarang East Asia Forum berkata, jika Umno bekerjasama dengan PAS, Malaysia akan menjadi negara Islam yang hebat, orang bukan Islam menjadi pengundi kurang penting dan kebebasan terus terhakis.
UMNO PASBarisan Nasional boleh mempertahankan pemerintahannya untuk satu tempoh panjang jika kerjasama Umno-PAS berhasil, menurut lidah pengarang penerbitan East Asia Forum.
Bagaimanapun, katanya, ia petanda penderitaan kepada kaum minoriti bukan Melayu dan Islam liberal kerana Umno semakin bergantung kepada PAS dengan menari mengikut rentak parti Islam itu.
Lidah pengarang East Asia Forum, yang berpangkalan di Crawford School of Public Policy, Universiti Kebangsaan Australia berkata, Datuk Seri Najib Razak akan terselamat daripada skandal 1MDB, jika Umno mampu mencapai persefahaman dengan PAS dan taktik menimbulkan perselisihan faham dalam kalangan parti pembangkang terus berjaya.
“Kemerosotan institusi selama berdekad di bawah pemerintahan Umno, dan tumpuan kuasa di pejabat perdana menteri, menyaksikan Najib berjaya menepis sebarang percubaan dalaman untuk mengaitkan peranannya dalam skandal 1MDB. Kepentingan politik identiti dalam membentuk tingkah laku pengundi juga membantu melindungi dirinya daripada tindak balas pilihan raya.”
Lidah pengarang penerbitan itu berkata, kemenangan untuk Umno akan mempercepatkan proses Islam mempunyai peranan lebih besar dalam masyarakat dan undang-undang negara ini.
“Pada tahun-tahun akan datang, kaum minoriti di Malaysia semakin meragui status mereka sebagai rakyat kelas ke-2, dengan kekurangan pengaruh politik sebagai gerimander, dan peningkatan kebergantungan kepada Umno dan PAS menjadikan undi mereka kurang penting.
“Umat Islam liberal mungkin melihat kebebasan peribadi mereka semakin terhakis kerana kerajaan menguatkuasakan tafsiran sempit terhadap undang-undang Islam yang ketat.”
Lidah pengarang penerbitan itu berkata, jika Umno meneruskan caranya di bawah Najib, rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kerana impian selepas merdeka untuk membentuk sebuah negara demokratik, sekular dan pluralis akan jauh tersasar.
Ia menyatakan bagaimana dasar tindakan afirmatif yang memihak kepada majoriti Melayu meningkatkan peranan ekonomi orang Melayu dan membawa kestabilan politik serta ekonomi kepada negara.
Menurutnya, di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, usaha yang diketuai Umno untuk membina kelas kapitalis Melayu membenar dan menginstitusikan sistem kronisme.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia terpaksa menanggung akibatnya dari segi kebebasan politik mereka.
“Di sebalik pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang Umno boleh tonjolkan kepada dunia adalah kemerosotan ketara dalam kualiti dan kebebasan institusi politik negara – terutamanya badan kehakiman dan perkhidmatan awam – penapisan media dan rasuah berleluasa.
“Namun, jika diadili dalam istilah pragmatik, formula itu berfungsi. Khasnya di bawah pemerintahan Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003, pertumbuhan pesat – yang memihak kepada orang Melayu – berjaya mewujudkan kelas pertengahan Melayu yang besar dan prestasi kerajaan diiktiraf golongan minoriti yang turut merasai manfaat kepesatan ekonomi diiringi kestabilan politik dan sosial.”
Menurutnya, strategi Najib untuk mengekalkan kuasanya mungkin menggerakkan Malaysia ke arah penyusunan semula politik yang ketara antara partinya dan PAS.
Katanya, parti politik yang paling lama menentang pemerintahan Umno adalah sekularis, DAP yang dikuasai kaum Cina dan parti Islam PAS, kecuali wujud satu gabungan bersatu, tidak ada parti pembangkang yang boleh mengatasi “gerimander Parlimen yang membantu Umno terus berkuasa”.
Menurutnya, Najib berjaya mewujudkan perselisihan faham antara blok pembangkang Islam dan sekularis menggunakan Islam serta peranan undang-undang Islam yang dimainkan dalam sistem perundangan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: