Judul : Apabila 4 bekas MB Selangor berpakat lawan Pakatan
link : Apabila 4 bekas MB Selangor berpakat lawan Pakatan
Apabila 4 bekas MB Selangor berpakat lawan Pakatan
Sabtu lalu, bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadiri Konvensyen Umno Selangor dengan perisytiharan beliau akan bersama berkempen untuk Barisan Nasional (BN) menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
Tetapi Khalid tidak atau belum menyertai semula Umno.
Dalam tugas ini, Khalid akan bersama bekas menteri besar Selangor yang terdahulu, Tan Sri Muhamad Muhd Taib (1986-1997), Tan Sri Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Datuk Seri Khir Toyo (2000-2008) bagi menentang Datuk Seri Azmin Ali yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Bagaimanapun, dalam majlis itu tidak diisytiharkan siapakah yang bakal menjadi menteri besar Selangor jika BN menang.
Buat masa ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor ialah Datuk Seri Noh Omar.
Beberapa bulan lalu, Khalid menghadiri acara besar anjuran PAS di Terengganu. Sebelum acara itu, dispekulasi beliau akan menyertai PAS. Tetapi ternyata spekulasi itu meleset.
Setelah tidak bersama dengan PKR, Khalid masih tidak berparti. Namun adalah jelas, beliau mesra dengan PAS. Kini dengan kehadiran Khalid dalam acara Umno itu, beliau juga mesra Umno. Ini menunjukkan beliau mesra dengan kedua-dua PAS dan Umno.
Maka ia juga selaras dengan suasana baharu politik iaitu PAS dan Umno adalah saling mesra.
Khalid adalah menteri besar Selangor pertama yang bukan daripada Umno. Tetapi beliau juga bekas ahli Umno. Selain itu, beliau juga bekas ahli PKR, seperti juga Mat Taib (yang juga bekas ahli PAS).
Mat Taib meninggalkan Umno dan menyertai PAS semasa kempen pilihan raya umum ke-13. Ketika itu, PAS masih anggota Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP. Apabila berlaku krisis dalaman PAS yang menghasilkan 2 pihak pada 2015, beliau kelihatan lebih hampir dengan Gerakan Harapan Baru yang akhirnya menubuhkan Amanah.
Tetapi apabila Amanah ditubuhkan, Mat Taib tidak menyertai parti baharu itu, sebaliknya beliau menyertai PKR, bersama Datuk Kamaruddin Jaffar.
Tetapi ketika Mat Taib menjadi MB, jawatan tertingginya ialah naib presiden Umno dan beliau
Demikianlah Artikel Apabila 4 bekas MB Selangor berpakat lawan Pakatan
Sekianlah artikel Apabila 4 bekas MB Selangor berpakat lawan Pakatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apabila 4 bekas MB Selangor berpakat lawan Pakatan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/apabila-4-bekas-mb-selangor-berpakat.html
merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun begitu, apabila berlaku krisis dalaman Umno yang menyaksikan pemecatan Anwar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998, Mat Taib tetap bersama Umno.
Sebaliknya, Khalid yang menyertai PKR dan menjadi calon pilihan raya parti itu. Walaupun pada mulanya kalah dalam kedua-dua pilihan raya itu, beliau menang dalam pilihan raya negeri dan pilihan raya umum tahun 2008 yang membolehkan beliau menjadi MB di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Bukan orang Mahathir atau orang Anwar
Sebelum menyertai politik, Khalid adalah tokoh korporat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mencapai kecemerlangannya ketika pemerintahan Dr Mahathir. Beliau dikenali sebagai tokoh Melayu yang artikulat dalam pembicaraannya, dengan rancangannya di radio yang mana ulasan beliau mengenai isu ekonomi adalah popular di kalangan pendengar Melayu yang baru celik mengenai dunia kewangan dan pelaburan.
Khalid menjadi sosok contoh dalam pandangan dunia Melayu Baharu ketika Malaysia berada di bawah gandingan Mahathir-Anwar. Namun begitu Khalid tidak dikenali sebagai “orang Mahathir” atau “orang Anwar” ketika itu.
Maka ketika beliau menceburkan diri dalam politik Umno, iaitu dari peringkat bahagian, beliau gagal meraih sokongan di peringkat itu. Maknanya dalam Umno, beliau tidak diberikan tempat baik di peringkat pusat, mahupun di peringkat negeri, malah di bahagian, walaupun nama beliau adalah harum bukan saja di kalangan orang Melayu, tetapi juga masyarakat Malaysia.
Sebaliknya, Dr Mahathir memilih Abu Hassan Omar menggantikan Mat Taib yang terpalit skandal wang tunai berlebihan di Australia.
Dalam pelantikan Abu Hassan itu, pilihan raya kecil DUN terpaksa diadakan bagi memberi kerusi negeri untuk beliau.
Begitu juga apabila Dr Mahathir memilih Khir Toyo sebagai MB menggantikan Abu Hassan yang juga diturunkan atas sebab skandal.
Ketika pemilihan Khir itu, antara pemimpin Umno dan menteri kanan yang amat rapat dengan Dr Mahathir ialah Tun Daim Zainuddin.
Umno dan Selangor
Read More / Baca Lagi >>