Judul : Dapatkah permohonan maaf Dr Mahathir bantu Pakatan terus maju?
link : Dapatkah permohonan maaf Dr Mahathir bantu Pakatan terus maju?
Dapatkah permohonan maaf Dr Mahathir bantu Pakatan terus maju?
Demikianlah Artikel Dapatkah permohonan maaf Dr Mahathir bantu Pakatan terus maju?
Sekianlah artikel Dapatkah permohonan maaf Dr Mahathir bantu Pakatan terus maju? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dapatkah permohonan maaf Dr Mahathir bantu Pakatan terus maju? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/dapatkah-permohonan-maaf-dr-mahathir.html
PERMOHONAN maaf Dr Mahathir Mohamad atas segala perbuatannya ketika menjadi perdana menteri boleh dianggap sebagai rahmat untuk Pakatan Harapan (PH) dan menyelesaikan segala kebimbangan selama ini yang menyekat perkembangan gabungan itu – rekodnya sebagai seorang autokrat.
Penganalisis bebas Tan Ah Chai ia membolehkan PH menjual agenda reformasinya tanpa dibebankan dengan legasi Dr Mahathir – yang menyaksikan kebebasan institusi negara dirompak.
Sementara itu, aktivis PH menganggap permohonan maaf itu dilakukan dengan niat baik walaupun Dr Mahathir mengatakan adat orang Melayu minta maaf, dan ia bukan pengakuan salah.
Bagi mereka, minta maaf atau tidak, Dr Mahathir sudah membuktikan komitmennya kepada matlamat PH dengan membentuk parti politik dan menyertai sekutu untuk menewaskan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Permohonan maaf itu mewakili perpisahan dengan masa silamnya dalam Umno dan BN tanpa mengurangkan kedudukannya sebagai seseorang yang tahu bagaimana Umno bekerja dan oleh itu mampu mengakhiri hegemoni Umno,” kata Tan kepada The Malaysian Insight.
“Ia juga membantu melegakan perasaan generasi reformasi dan penyokong tegar Anwar Ibrahim yang masih sakit hati dengan Dr Mahathir kerana memenjarakan Anwar pada 1998 .”
Ia termasuk Adun Hung Klang Saari Sungib dan bekas veteran reformasi Badaruddin Ismail.
Kedua-dua berkata mereka memaafkan Dr Mahathir, di mana pentadbiran ketika itu menahan ramai aktivis pada 1998 kerana menyertai protes reformasi kerana membantah Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri, dipenjarakan.
Saari berkata walaupun Dr Mahathir tidak pernah meminta maaf atas kesalahannya, beliau serius dalam menjatuhkan BN.
“Beliau kritik Perdana Menteri Najib Razak. Beliau keluar Umno. Beliau jumpa Anwar dan tubuh parti baharu. Ia menyebabkan BN terjejas teruk,” kata Saari, yang kini pemimpin Amanah Selangor.
Terus bergerak
Dalam satu acara yang jarang berlaku semalam, Dr Mahathir yang digelar diktator kerana kekerasannya terhadap pembangkang ketika menjadi perdana menteri, memohon maaf atas kesalahannya pada masa lalu.
Dr Mahathir berkata beliau terbabit dalam politik sejak 1945, dan banyak membuat kesilapan.
Beliau berkata demikian atas kapasitinya sebagai pengerusi Bersatu, parti yang turut berada dalam gabungan pembangkang PH.
Katanya, keputusan untuk menyertai pembangkang dikritik hebat kerana beliau kini bekerja dengan beberapa individu yang pernah dipenjarakannya ketika menjadi perdana menteri.
Pemerhati turut mengkritik parti seperti PKR, DAP dan Amanah kerana bekerja dengan individu di mana dasar yang diperkenalkan mencemari kehakiman dan media dalam negara, serta mereka yang memperjuangkan kebebasan bersuara.
Tetapi beberapa jam selepas memohon maaf, Dr Mahathir berkata adat orang Melayu untuk minta maaf, dan sama ada dia buat salah atau tidak, itu perkara yang lain.
Read More / Baca Lagi >>