Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS

Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS
link : Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS

Baca juga


Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS



Demikianlah Artikel Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS

Sekianlah artikel Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M cuma manusia, tak perlu jadi ‘pak nujum’, sembang PAS dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/dr-m-cuma-manusia-tak-perlu-jadi-pak.html
Kalah atau menang pilihan raya bukan ditentukan pengerusi Pakatan Harapan, kata Ketua Dewan Ulama PAS Mahfodz Mohamed.
Mahfodz-Mohamed_mahathir_600
PAS berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu jadi ‘pak nujum’ dan meramalkan nasib parti itu pada pilihan raya umum akan datang kerana beliau cuma seorang manusia.
Lagipun, kalah menang pilihan raya tidak ditentukan Dr Mahathir, tegas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed.
Beliau menjawab kenyatan Dr Mahathir yang merasakan PAS akan tewas pada pilihan raya umum ke-14 kerana Presiden Datuk Ser Abdul Hadi Awang enggan bekerjasama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) menentang Barisan Nasional (BN).
“Pasal yang itu, kita tunggu pilihan raya siapa yang menang, siapa yang kalah…kita tunggu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Mahfodz turut menafikan tuduhan Dr Mahathir yang menuduh PAS kini penyokong Najib. Tegasnya, apa yang berlaku antara kedua parti hanyalah kerjasama dalam isu Islam dan orang Islam.
“Di dalam politik, kita tak pernah berbincang nak dengan Umno,” katanya.
Beliau turut menjawab isu “Amanat Hadi”, yang digunakan Dr Mahathir untuk membidas Hadi. Ucapan 1981 itu yang dikaitkan dengan presiden PAS itu dikatakan mengkafirkan Umno kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.
Mahfodz berkata Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri tidak pun bertindak terhadap Hadi sekiranya betul ada melakukan kesalahan.
“Sekarang dah tak ada kuasa, nak cakap pasal itu lagi. Benda dah lama dah 20 tahun lebih. Jadi benda yang lama itu tak perlulah diungkit-ungkit pasal kalau Datuk Seri Hadi salah tapi masa itu tak ambil tindakan,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: