Judul : Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit
link : Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit
Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit
Demikianlah Artikel Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit
Sekianlah artikel Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/felda-ditipu-jual-tanah-tapi-tak-dapat.html
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pihaknya telah melaporkan kepada polis 12 Disember lalu apabila percaya berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah di Jalan Semarak di sini.
Malah, pihaknya juga akan mengambil tindakan sivil kepada syarikat swasta berkenaan kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa.
Jelasnya, sehingga kini Felda tidak menerima sebarang pembayaran hasil penukaran hak milik ke atas tanah strategik yang kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
"Kita (Felda) telah beri surat kuasa wakil penuh (full power of attorney - PA) kepada syarikat swasta tersebut.
"Sudah tentu saya terpegun dengan isu ini apabila begitu mudah tanah dimiliki oleh institusi kerajaan dipindah milik, dengar juta-juta tetapi satu sen pun (Felda) tidak dibayar," katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan JPM, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali.
Selain itu, katanya Felda akan menukar status kaveat persendirian yang didaftarkan pada 14 April lalu kepada kaveat pendaftar untuk mengukuhkan penguasaan pemilikan terhadap tanah itu.
"FELDA hanya mengetahui penukaran hak milik tanah berkenaan pada Januari lalu dan terus membawa perkara berkenaan kepada Ahli Lembaga Pengarah sebelum mengusahakan untuk mendapatkan kaveat persendirian.
"Selepas membuat rayuan kepada Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sehinggalah pada 14 April 2017, barulah FELDA dibenarkan meletakkan kaveat persendirian ke atas tanah berkenaan.Read More / Baca Lagi >>