Judul : FELDA PECAT CEO HOTEL GRAND PLAZA KENSINGTON DARI LEMBAGA PENGARAH, ISA SAMAD KEKAL
link : FELDA PECAT CEO HOTEL GRAND PLAZA KENSINGTON DARI LEMBAGA PENGARAH, ISA SAMAD KEKAL
FELDA PECAT CEO HOTEL GRAND PLAZA KENSINGTON DARI LEMBAGA PENGARAH, ISA SAMAD KEKAL
Sepanjang November 2017, saya memberi ruang kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shahrir Samad dan pengurusan Felda untuk mengambil segala tindakan yang perlu untuk meletakkan kembali Felda di landasan yang betul. Sebab itu saya tidak mengadakan sebarang kenyataan media atau membawa isu-isu berkaitan Felda di Parlimen supaya pentadbiran Dato’ Seri Najib boleh membuktikan keikhlasan mereka dalam menyelamatkan Felda.
Keikhlasan ini boleh dinilai berdasarkan tindakan-tindakan berikut:
Mengambil tindakan secara telus ke atas mereka yang bertanggungjawab, secara langsung atau tidak, ke atas pelbagai kerugian, penyelewengan, rasuah dan keputusan-keputusan kepimpinan dari Perdana Menteri hingga pengurusan Felda yang menyebabkan kerugian, penyelewengan dan rasuah tersebut;
Membersihkan kepimpinan Felda dari peringkat paling bawah hingga ke atas dari mana-mana individu yang didapati terbabit di dalam keputusan-keputusan, sama ada secara langsung atau tidak, yang menyebabkan kerugian, penyelewengan dan rasuah; dan
Memaklumkan langkah-langkah ini secara terbuka kepada peneroka Felda, rakyat dan pasaran kewangan supaya mereka ada keyakinan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berniat untuk menyembunyikan segala keburukan yang telah berlaku dan benar-benar mahu menyelamatkan Felda.
Sekiranya ini berlaku, saya sendiri tidak perlu lagi terus menyiasat dan membongkarkan segala kepincangan yang berlaku di Felda.
Malangnya, perkara itu tidak berlaku.
Sepanjang Parlimen berlangsung di bulan November, saya hanya tersenyum sinis melihat pentadbiran Dato’ Seri Najib seolah-olah menarik nafas lega kerana saya tidak banyak menimbulkan isu-isu berkaitan Felda.
Malah,
Demikianlah Artikel FELDA PECAT CEO HOTEL GRAND PLAZA KENSINGTON DARI LEMBAGA PENGARAH, ISA SAMAD KEKAL
Sekianlah artikel FELDA PECAT CEO HOTEL GRAND PLAZA KENSINGTON DARI LEMBAGA PENGARAH, ISA SAMAD KEKAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel FELDA PECAT CEO HOTEL GRAND PLAZA KENSINGTON DARI LEMBAGA PENGARAH, ISA SAMAD KEKAL dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/felda-pecat-ceo-hotel-grand-plaza.html
saya dapat merasakan mereka telah mengambil peluang tersebut untuk membuat beberapa pertukaran secara senyap-senyap tetapi tetap melindungi tokoh-tokoh besar yang ada kaitan dengan Umno yang masih dikekalkan di dalam pengurusan syarikat-syarikat Felda di United Kingdom.
Pada 17 Oktober 2017, Grand Plaza Kensington Limited iaitu anak syarikat Felda yang menguruskan Grand Plaza Kensington telah memfailkan satu notis menamatkan perkhidmatan Mohammed Jeffri sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.
Mohammed Jeffri sebelum ini adalah ahli Lembaga Pengarah Grand Plaza Kensington Limited yang juga bertanggungjawab menguruskan keseluruhan operasi hotel itu. Beliau adalah de facto CEO hotel tersebut dan dikenali kerana pernah juga menguruskan hotel Malaysia yang lain sebelum itu.
Sementara saya tidak akan memberi apa-apa komen setakat ini mengenai tindakan menamatkan khidmat de facto CEO hotel tersebut dari Lembaga Pengarah dan akan menunggu jawapan Felda mengenai tindakan itu, saya terkejut kerana tindakan penamatan yang sama tidak dikenakan ke atas pegawai-pegawai kanan yang lain yang terlibat dari awal dalam keputusan membeli hotel itu pada harga yang dijangkakan RM100 juta lebih mahal dari sepatutnya.
Saya sertakan paparan skrin dari senarai ahli Lembaga Pengarah hotel tersebut yang masih dalam perkhidmatan:
Sementara de facto CEO dipecat dari Lembaga Pengarah hotel atas sebab-sebab yang belum dinyatakan, Tan Sri Isa Samad yang diketahui sedang dalam siasatan atas pelbagai tuduhan dikekalkan di dalam Lembaga Pengarah.
Lebih teruk lagi, sebenarnya hotel itu kini hanya ada 2 orang Lembaga Pengarah yang masih dalam perkhidmatan iaitu Tan Sri Isa Samad dan Dato’ Hanapi Suhada, bekas Pengarah Besar Felda.
Semakan dengan carta organisasi Felda yang terkini menunjukkan bahawa Pengarah Besar Felda yang terkini adalah Dato’ Ab Ghani Mohd Ali dan bukannya Dato’ Hanapi Suhada yang tidak ada dalam mana-mana jabatan di dalam Felda:
Read More / Baca Lagi >>