FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK

FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK
link : FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK

Baca juga


FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK

1. Kleptokrasi yang mentadbir negara hari ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan wang rakyat berbilion ringgit, malahan juga hartanah dan aset bernilai. Terkini adalah skandal korupsi yang mengemparkan negara yang didakwa melibatkan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad telah mengesahkan bahawa Felda telah kehilangan tanah strategik bernilai RM270 juta di Jalan Semarak Kuala Lumpur melalui satu transaksi yang meragukan. Tanah tersebut yang sepatutnya dibangunkan oleh anak syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) iaitu ENCORP Bhd untuk manfaat peneroka Felda kini telah hilang daripada milikan Felda.

2. Laporan yang disiarkan hampir keseluruhan media mendakwa bahawa Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad juga tidak mengetahui bagaimana penukaran hak milik tanah tersebut itu boleh berlaku dan Felda juga tidak memperolehi sebarang duit daripada pindahmilik tanah tersebut. Syarikat yang dilantik Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd yang memperolehi Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) daripada Felda telah didakwa menjual tanah tersebut kepada sebuah syarikat proxy Promenade iaitu Kuala Kumpur Vertical City Sdn Bhd untuk dibangunkan sebagai Kuala Kumpur Vertical City (KLVC) di mana perlakuan ini didakwa dilakukan secara  ‘fraud’ atau penipuan. Transaksi ini didakwa berlaku dalam tempoh Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi Felda dan pada masa yang sama Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV)  serta Pengerusi FIC. Adalah sangat mustahil transaksi pindahmilik fraud ini tidak diketahui oleh Tan Sri Isa Samad.

3. Menelusuri fakta ringkas


Demikianlah Artikel FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK

Sekianlah artikel FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FELDA PERLU SAMAN SIVIL SEGERA UNTUK SELAMATKAN TANAH STRATEGIK dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/felda-perlu-saman-sivil-segera-untuk.html
transaksi pindah milik tanah tersebut, KANUN berpendapat Felda sebagai pemilik asal tanah tersebut masih mempunyai hak benefesial untuk menuntut dan mendapatkan kembali tanah tersebut melalui saman sivil di mahkamah. Seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa sebarang pindahmilik hartanah yang dibuat secara fraud adalah batal dan tidak sah. Walaupun syarikat proxy Promenade didakwa membelinya, namun syarikat tersebut tidak boleh bergantung kepada prinsip ‘pembeli niat baik’ (bona fide purchaser) kerana syarikat tersebut adalah proxy kepada Promenade yang terlibat dengan fraud dan sudah pasti perkara ini di dalam pengetahuan mereka.

4. Fraud sebenar jelas kelihatan kerana FIC dan Promenade telah menyalahgunakan kuasa bagi memperolehi tanah tersebut melalui Surat Kuasa Wakil tersebut. Surat Kuasa Wakil mempunyai terma-terma tertentu dan jika ia mempunyai terma kuasa pindahmilik dan bukan sekadar kuasa pembangunan sahaja, sudah pasti elemen fraud telah wujud. Mana mungkin pemilik tanah memberikan kuasa pindahmilik tanpa sebarang balasan duit dan jika ia tidak wujud, Surat Kuasa Wakil tersebut sendiri pun tidak sah.

5. Selain itu, syarikat proxy tersebut bukanlah tergolong di dalam ‘deferred purchaser’ yang membolehkan mereka dilindungi oleh undang-undang sebagai bona fide purchaser. Syarikat proxy tersebut adalah ‘immediate purchaser’ yang tidak layak di bawah undang-undang dipanggil bona fide purchaser di mana mereka memperolehi hak milik tanah tersebut secara langsung daripada FIC melalui transaksi fraud. Prinsip undang-undang terkini ini telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tan Ying Hong v Tan Sian San pada tahun 2010 yang telah mengatasi kes kontroversi Adorna Properties  v Boonsom Boonyanit di dalam menafsirkan peruntukan seksyen 340 Kanun Tanah Negara. Undang-undang kini memberikan hak yang lebih kepada pemilik asal hartanah yang ditipu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :