Judul : HADIAH PALING BERHARGA TRUMP KEPADA NAJIB SEMPENA PAU 2017
link : HADIAH PALING BERHARGA TRUMP KEPADA NAJIB SEMPENA PAU 2017
HADIAH PALING BERHARGA TRUMP KEPADA NAJIB SEMPENA PAU 2017
Najib Razak selalu berbangga dapat berbaik dan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Malah, sebaik berjaya menduduki Rumah Putih, beliau lantas mendakwa Trump adalah rakan lamanya dan pernah bermain golf bersama beberapa tahun sebelum itu.
Dalam hati Najib, dengan apa yang dilakukannya itu, tentulah beliau mengharapkan sekurang-kurangnya ada balasan khabar gembira berhubung saman dan penyiasatan jenayah DOJ berkaitan 1MDB yang melibatkan Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz
Tetapi, lain yang diharap, lain pula yang menjelma.
Serentak dengan Perhimpunan Agung UMNO atau PAU 2017, Trump sebaliknya menghadiahkan khabar duka dan tidak disangka-sangka buat Najib.
Di sebalik semua jentera propaganda UMNO tetap berkeras mengatakan tiada wang yang hilang dalam skandal 1MDB dan hanya rekaan Pakatan Harapan, Peguam Negara Amerika Syarikat yang baru, Jeff Sessions menegaskan, kleptokrasi berkaitan syarikat pelaburan yang ditubuhkan Najib itu adalah yang paling teruk sekali.
Berucap di sebuah forum global anjuran Bank Dunia di Washington, Jeff Sessions yang diketahui merupakan orang pilihan dan kepercayaan Trump menegaskan, hampir
Demikianlah Artikel HADIAH PALING BERHARGA TRUMP KEPADA NAJIB SEMPENA PAU 2017
Sekianlah artikel HADIAH PALING BERHARGA TRUMP KEPADA NAJIB SEMPENA PAU 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HADIAH PALING BERHARGA TRUMP KEPADA NAJIB SEMPENA PAU 2017 dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/hadiah-paling-berharga-trump-kepada.html
separuh daripada AS$3.5 bilion kutipan rasuah yang berjaya dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah datangnya daripada saman sivil berkaitan 1MDB.
Separuh daripada AS$3.5 bilion itu bermakna jumlah yang berjaya dirampas berkaitan 1MDB adalah sebanyak AS$1.75 bilion atau kira-kira RM7,000 juta.
Itu baru yang berjaya dirampas, belum lagi yang dihabiskan untuk berbelanja dan enjoy di sana-sini.
Dan kata beliau lagi, tindakan itu berjaya dilakukan hanya melalui satu tindakan penguatkuasaan.
Hari ini DOJ sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim tersebut, tegas Jeff Sessions seterusnya.
Terdedahnya perkara ini menjelang PAU 2017 tentulah menjadikan ia secara tidak langsung merupakan hadiah paling berharga daripada Trump, seorang rakan lama kepada Najib yang kini menjadikan Malaysia bertukar daripada demokrasi kepada kleptokrasi.
Apakah perwakilan UMNO tidak mahu mengucapkan terima kasih kepada Trump atas pemberian hadiah berharga itu?
Atau masihkah mereka mahu berilusi bersama dengan Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan tindakan di Amerika itu tiada kaitan sama sekali dengan Najib?
Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, manakala Jho Low adalah rakannya, Riza Aziz pula anak tirinya, wang tunai serta hadiah barng kemas juga dikesan oleh DOJ bersumberkan dana yang diselewengkan itu, siapakah yang mereka mahu tipu dengan terus-menerus mendakwa ia tiada kaitan dengan Najib sendiri?