Judul : INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA?
link : INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA?
INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA?
Konglomerat media yang berada di bawah naungan Perdana Menteri, Media Prima Berhad dilapor menawarkan cuti rehat sementara tanpa gaji kepada kakitangannya bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.
Dalam tawaran bagi tujuan mengurangkan tekanan kewangan syarikat itu, kakitangan diberikan dua pilihan sukarela - cuti antara enam bulan hingga setahun tanpa gaji atau bekerja setengah bulan dengan separuh gaji.
Antara saluran televisyen yang berada di bawah Media Prima ialah TV3, manakala akhbar pula adalah New Straits Times dan Berita Harian.
TV3 khususnya adalah saluran televisyen yang terkenal dengan laporan berat sebelah, separuh masak dan bersifat adu-domba, terutama yang melibatkan Tun Mahathir Mohamad, Bersatu dan Pakatan Harapan.
Tetapi, kenapa begitu nazak Media Prima sekarang ini sampai membuat tawaran sedemikian rupa?
Bukankah ini secara tidak langsung menandakan ekonomi negara di bawah kepimpinan Najib Razak tidak begitu
Demikianlah Artikel INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA?
Sekianlah artikel INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel INI IDEA TIGA SUKU ATAU APA? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/ini-idea-tiga-suku-atau-apa.html
sihat?
Jika Media Prima pun terkesan dengan kedudukan ekonomi, kenapa harus marah-marah bila artis seperti Sheila Majid meluahkan perkara yang sama?
Dalam pada itu, kedua-dua tawaran tersebut juga terlihat ganjil dan seperti menganiaya kakitangan Media Prima sendiri.
Jika mereka cuti selama bulan misalnya, apa yang mahu mereka lakukan dalam tempoh itu dan bagaimana dengan sumber pendapatan untuk membiayai tanggungan keluarga?
Khusus bagi tawaran bekerja hanya setengah bulan dan setengah bulan lagi cuti serta diberi hanya separuh gaji pula, ini lebih lagi menganiaya sebenarnya.
Apakah kakitangan yang terbabit boleh membuat bayaran rumah, kereta dan lain-lain bil dalam kadar setengah juga dalam tempoh mereka hanya menerima setengah bulan gaji itu?
Siapakah punya idea di sebalik tawaran pelik dan tidak munasabah ini serta pernahkah ia dilakukan oleh mana-mana syarikat lain di dunia ini?
Ini idea di luar kotak atau cadangan yang bersifat tiga suku?
Akhir sekali, apakah Najib yang diketahui dalam akaun peribadinya ada wang berbilion-bilion tidak pernah membantu Media Prima mengukuhkan kedudukan kewangannya, sebagaimana tawaran bantuan dalam mengukuhkan ekomoni kepada Amerika, sedangkan wajahnya hampir setiap malam terpampang di media-media kelolaan Media Prima?