ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT

ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT
link : ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT

Baca juga


ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT

Pertengkisan antara Dr Mahathir Mohamad dengan Sultan Selangor berkaitan isu Bugis bukan isu politik sebenar, bahkan isu itu meluas kerana salah anggap oleh satu pihak kepada satu pihak. Ia pula dilihat panas apabila dihangatkan dengan “heater” politik.
“Pemerangatan” isu itu menunjukkan ada pihak yang sudah kehabisan isu atau pun kebasian isu untuk dicampak kepada rakyat.
Isu itu tidak pun menjadi penentu masa depan negara apa lagi memberi impak sampai boleh mengubah minda rakyat yang sudah disetkan untuk menghadapi Piraum ke 14 nanti. Isu Bugis itu adalah isu tidur yang dipaksa jaga.
Ceritanya bermula apabila Dr MahathirMohamad yang marahkan Najib Razak dengan mengaitkan asal usulnya keturunan Bugis. Dr Mahathir dalam marah dan benci politik, menyuruh Najib pulang ke Sulawesi di mana kampung asal ayahnya Abdul Razak Hussein kerana melihat Najib banyak melakukan kemungkaran pemerintah. Itu sahaja. Yang sedikit menjadi kurang manis apabila Dr Mahathir mengatakan Najib adalah lanun?
Memang dalam kamus orang Melayu lama Bugis


Demikianlah Artikel ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT

Sekianlah artikel ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU BUGIS TIDAK UBAH PENDIRIAN RAKYAT dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/isu-bugis-tidak-ubah-pendirian-rakyat.html
dianggap sebagai lanun. Itu juga yang saya faham.
Dr Mahathir tidak pun mengatakan seluruh Bugis yang datang berhijrah ke negara ini sehinggakan ada yang membentuk daulatnya itu sebagai lanun. Masakan Dr Mahathir buta sejarah sampai begitu sekali. Bahkan sultan keturunan Bugis itu jugalah rakan beliau yang disembahkan mengikut kehendak perlembagaan dan adat istiadat Melayu kono selama mentadbir Malaysia 22 tahun.
Tetapi bak kata orang darah daging biar pun busuk tetap akan dijaga, mungkin atas sebab itu Sultan Selangor yang berketurunan Bugis berasa hati dengan kenyataan Dr Mahathir itu. Apa lagi Dr Mahathir berkeras tidak mahu memohon ampun kerana dia yakin dipihak yang benar. Turut sama berasa hati ialah Sultan Johor. Apa dirasai oleh kedua mereka adalah hak mereka, apa lagi mereka diangkat menjadi sultan dan raja berdaulat mengikut perlembagaan.
Di sini saya tidak mahu berpolimek mencari siapa yang benar dan siapa yang kabur mengenai isu berkenaan. Cuma ingin memberi pandangan terhadap pendapat mengatakan isu Bugis itu sedikit sebanyak menjejaskan Dr Mahathir dan membawa kesan kepada Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya kini untuk berhadapan dengan Piraum. Ada satu kajian mengatakan isu Bugis itu memburukkan keadaan PH.
Pandangan luar bersumberkan maklumat kerajaan boleh jadi benar, kerana mereka tidak menyelami apa yang berlaku di Malaysia waktu ini.  Apa lagi kalau mereka membuat kajian itu atas niat untuk membantu kerajaan yang ada kini. Atau pun mereka membuat kesimpulan isu itu besar apabila Dr Mahathir dan isterinya Siti Hasmah Mohd Ali sampai memulangkan pingat dan darjah kebesaran kepada Sultan Selangor. Mungkin mereka terkhilaf tindakan itu dengan menganggap Sultan Selangor menitah agar memulangkan darjah kebesaran itu.
Sebenarnya pemulangan itu satu pihak sahaja. Sultan Selangor walaupun terkedu hati dengan kenyataan Dr Mahathir itu tidak pun sampai menitah agar darjah kebesaran itu diserah balik. Hanya Dr Mahathir bertindak awal mungkin atas maslahat politik menyerahkan semula pingat dan darjah kebesaran itu. Baginya wajar kalau beliau berbuat demikian apabila orang — Sultan Selangor yang mengurniakan darjah dan kebesaran itu sudah tidak berkenaan kepadanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :