Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN

Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN
link : Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN

Baca juga


Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN



Demikianlah Artikel Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN

Sekianlah artikel Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan berlagak baik, Zuhdi tidak perlu sibuk dengan urusan HARAPAN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/jangan-berlagak-baik-zuhdi-tidak-perlu.html
PAS diingatkan agar tidak ‘berlagak baik’ dengan menyarankan Pakatan Harapan (HARAPAN) melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Penolong Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, PAS sendiri pernah menggagalkan usaha untuk mengangkat Anwar sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU-13 lalu dengan mencadangkan nama Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Sheikh Omar mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marzuki yang mengulas cadangan beberapa pihak dalam HARAPAN supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula memimpin negara sebagai Perdana Menteri.
Zuhdi dilaporkan berkata bahawa beliau percaya Dr Mahathir akan membawa lebih banyak kerosakan kepada negara jika dilantik semula sebagai Perdana Menteri, justeru menyarankan HARAPAN melantik Anwar untuk mengisi jawatan itu.
“Kenyataan Zuhdi pada hemat saya tidak lebih sekadar suatu langkah untuk melemahkan usaha HARAPAN yang sedang berkerja untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Sheikh Omar dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, cadangan Zuhdi supaya HARAPAN mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri menunjukkan kegagalan pemimpin parti Islam itu dalam memahami situasi yang dihadapi gabungan pembangkang itu ketika ini.
“Nasihat saya kepada Zuhdi, lebih baik beliau diam daripada sibuk terhadap urusan HARAPAN.
“Kenyataan dikeluarkan ternyata menunjukkan beliau gagal mengikuti keseluruhan justifikasi yang dikemukakan pimpinan HARAPAN berkaitan soal calon Perdana Menteri dalam keadaan Anwar yang masih berada dalam tahanan,” ujarnya.
Tambahnya, dalam ketiadaan suara tegas PAS mengkritik salah guna kuasa oleh Najib, kritikan Zuhdi terhadap HARAPAN itu bolehlah dilihat sebagai satu tindakan yang menyerlahkan peranan parti Islam itu dalam mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN).

Subscribe to receive free email updates: