JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR

JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR
link : JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR

Baca juga


JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR



Demikianlah Artikel JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR

Sekianlah artikel JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAWAPAN MUHYIDDIN TERHADAP ANCAMAN UMNO MAHU DEDAHKAN SALAH LAKUNYA SEWAKTU JADI MB JOHOR dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/jawapan-muhyiddin-terhadap-ancaman-umno.html
KENYATAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENGENAI SKANDAL RASUAH JOHOR

Susulan kenyataan Pakatan Harapan Johor mengenai dakwaan bahawa Menteri Besar Johor dikaitkan dengan skandal rasuah berhubung penukaran status hak milik hartanah Bumiputera di negeri Johor, ada pihak yang nampaknya kurang senang dengan kenyataan itu. Mereka telah menyerang saya secara peribadi kononnya banyak penyelewengan yang telah berlaku di negeri Johor semasa saya menjadi Menteri Besar. Biarlah saya berterus terang menjawab semua tuduhan itu.

Mengenai isu bekalan air ke Singapura, ia adalah perkara yang ada kaitan dengan Perjanjian Air antara Johor dan Singapura yang ditandatangani pada tahun 1961 dan 1962 di mana Johor bersetuju membekalkan air yang diproses sajumlah 250 juta gelen sahari. Untuk sekian lama Johor tidak dapat melaksanakan kehendak perjanjian tersebut kerana loji air Johor tidak mempunyai kapasiti untuk merawat air yang mencukupi utuk dibekalkan ke Singapura.

Sewaktu saya menjadi Menteri Besar Johor, perkara ini kerap dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Singapura pada waktu itu, mendiang Lee Kuan Yew, dan dalam mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Singapura. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada waktu itu mahu perkara ini diselesaikan.

Saya bertemu dengan mendiang Lee Kuan Yew bersama Tun Dr Mahathir di Kuala Lumpur pada suatu hari untuk berbincang bagi menyelesaikan isu ini. Hasil  perbincangan tersebut, Johor bersetuju membekalkan air yang diperlukan oleh Singapura sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian tersebut dengan membina sebuah empangan dan loji air baharu di Sungai Linggui dengan segala kosnya ditanggung oleh Singapura di samping Singapura bersetuju membayar gantirugi kawasan hutan yang ditenggelami air berjumlah kira-kira RM320 juta kepada kerajaan negeri Johor.Wang ini kemudiannya saya simpan di dalam Tabung Amanah Warisan Johor untuk dijadikan tabung rezab negeri Johor. 

Sebenarnya, dalam perjanjian pelaksanaan empangan dan loji air tersebut, kerajaan Johor tidak mengeluarkan satu sen pun kerana semua kos pembinaan ditanggung oleh kerajaan Singapura. Apabila siap dibina ia menjadi hak milik Johor.

Yang dikehendaki oleh Singapura hanyalah bekalan air sebagaimana yang terkandung di dalam Perjanjian Air tersebut. Saya tidak fikir kita beri tanah kepada Singapura kerana melaksanakan kehendak dalam perjanjian air itu. Projek ini telah lama disiapkan dan hasil daripada jualan bekalan air ke Singapura ini juga saya fikir telah menambah hasil negeri Johor. Jadi, apa salah saya?

Mengenai Amanah Saham Johor, ia adalah idea saya untuk menentukan agar khazanah Johor yang dikelolakan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor dikongsi bersama oleh rakyat Johor dan tidak oleh individu-individu tertentu. Sebab itu ia diuruskan oleh PKENJ. Keseluruhannya lebih kurang 300 juta unit saham telah dikeluarkan dan dibeli oleh pelabur-pelabur di Johor.

Seingat saya sejak ASJ dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir waktu itu, saham yang berharga RM1 telah meningkat nilainya dalam beberapa tahun selepas itu sehingga mencecah lebih RM2 seunit. Seingat saya PKENJ pernah membayar dividen ke atas keuntungan yang dibuat oleh ASJ.

Selepas saya meninggalkan Johor, iaitu semasa Tan Sri Abdul Ghani Othman menjadi Menteri Besar, ASJ mula mengalami kerugian dan ia tidak lagi diberi perhatian oleh pentadbiran baru di Johor. Saya pernah bertemu Tan Sri Ghani untuk memberi pandangan bahawa adalah tidak sukar untuk menentukan agar nilai saham ASJ tidak terus jatuh jika PKENJ di bawah kepimpinan beliau yang mempunyai aset berbilion ringgit dan beberapa anak syarikat yang untung menolong ASJ menerusi pelbagai skim seperti menyuntik syarikat-syarikat dan aset PKENJ ke dalam ASJ. Malangnya, ini tidak dilakukan.

Kemudiannya, pada tahun 2004, barulah kerajaan Negeri Johor dan JCorp melaksanakan skim pemulihan harga ASJ dengan menyuntik aset dan wang tunai untuk membolehkan unit-unit ASJ dibeli semula daripada pelabur pada harga RM1 seunit. Langkah ini sepatutnya telah diambil lebih awal seperti yang pernah saya kemukakan kepada Tan Sri Ghani sebagai MB Johor pada waktu itu untuk mengelakkan pelabur mengalami kerugian. 
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: