Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR

Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR
link : Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR

Baca juga


Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR



Demikianlah Artikel Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR

Sekianlah artikel Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kejayaan PPBM tembusi Felda beri harapan pada PKR dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/kejayaan-ppbm-tembusi-felda-beri.html
Ketidakpuasan atas kemiskinan mungkin mendorong warga Felda di Pahang menyokong PH.
Lee-Chean-Hung-3
Timbalan pengarah operasi pilihan raya PKR Pahang yakin akan kemampuan Pakatan Harapan meraih sokongan pengundi di penempatan Felda di negeri itu.
Lee Chean Hung memberi 2 sebab mengapa beliau yakin: keanggotaan PPBM dalam PH dan ketidakpuasan dalam kalangan warga Felda atas kemiskinan mereka.
Beliau berkata PPBM menunjukkan mereka mampu menembusi estet Felda.
Beliau mendakwa pemerhatiannya mengesahkan keyakinan ramai pemerhati bahawa PPBM mampu membina pengaruh di beberapa kawasan Felda yang tidak dapat ditembusi parti pembangkang sebelum ini.
Mengenai ketidakpuasan di penempatan, beliau berkata sebab utama ialah kekurangan pekerjaan dan peluang, terutamanya untuk generasi ketiga warga Felda.
“Oleh kerana itu, jenayah menular di banyak penempatan Felda di Pahang,” tambahnya.
Bagaimanapun, Roslan Md Isa, pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsan yang berkaitan PAS, memberi gambaran berbeza.
Beliau bersetuju kesetiaan warga Felda kepada BN mungkin tidak sekuat dahulu, tetapi tidak bermakna mereka akan mengundi PPBM.
“Insya Allah, mereka tidak lagi akan bersama Umno dan BN, dan mereka juga tidak akan bersama pasukan Dr Mahathir Mohamad,” katanya merujuk kepada pengerusi PPBM.
Roslan akui penceramah PPBM mampu menarik hadirin yang ramai di estet-estet Felda, tetapi sebahagian besarnya kerana perasaan ingin tahu warga Felda.
Beliau berkata PPBM sebagai sebuah parti baharu tidak mempunyai jaringan akar umbi yang kuat.
Beliau mendakwa masalah Felda berakar semasa pentadbiran Dr Mahathir dan mendakwa warga Felda generasi kedua menyedari perkara itu.
“PPBM boleh kata apa sahaja yang mereka mahu sekarang ini,” katanya. “Hakikatnya kita akan tahu pada hari pengundian nanti.”
Dua belas daripada 14 kawasan Parlimen Pahang menempatkan penempatan Felda.
Hanya 2 kawasan yang tidak ada penempatan Felda iaitu Kuantan dan Indera Mahkota, di mana kedua-duanya dimenangi PKR pada pilihan raya umum lepas.
Baru-baru ini, Ketua Amanah Jempol Abdul Rahman Ramli, mengatakan dirinya mewakili warga Felda, mendakwa pengurusan Felda “gagal” mentadbir estet-estetnya.
Rahman menyertai penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agensi itu menyiasat bagaimana hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dilaporkan diambil alih oleh pihak swasta.

Subscribe to receive free email updates: