Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS?

Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS?
link : Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS?

Baca juga


Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS?

MALAYSIA melalui platform Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah menyatakan bantahan keras terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Tetapi, AS kelihatan masih belum berganjak dari pendirian sebelah pihak ini yang meranapkan proses perdamaian Palestin-Israel, dan bakal menggugat kestabilan politik rantau Asia Barat malah mungkin juga seluruh dunia.
Oleh itu, Perdana Menteri Najib Razak perlu mengambil peluang yang ada sekarang untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin.
Peluang terbaik adalah dengan membatalkan rancangan Malaysia untuk melabur hampir RM60 bilion ke dalam ekonomi AS untuk lima tahun akan datang yang diumum Najib di White House pada 12 September lalu. Ini termasuklah RM42 bilion untuk membeli kapal terbang Boeing, RM16.8 bilion


Demikianlah Artikel Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS?

Sekianlah artikel Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Malaysia beria-ia nak bantu kukuhkan ekonomi AS? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/kenapa-malaysia-beria-ia-nak-bantu.html
pelaburan KWSP, dan peningkatan pelaburan Khazanah dari AS$400 juta yang ada sekarang.
RM60 bilion bukanlah satu jumlah kecil, lebih-lebih lagi apabila ianya merupakan wang rakyat Malaysia.
Mengapa Malaysia membantah pendirian AS tentang Baitulmaqdis tetapi tetap mahu melabur RM60 bilion wang rakyat ke dalam ekonomi AS? Bukankah ini satu pendirian hipokrit?
Namun dalam isu ekonomi dan geopolitik, Malaysia mampu memilih untuk tidak melabur ke dalam ekonomi AS sebagai tanda bantahan. Malaysia sebaliknya boleh memilih untuk melabur di negara lain yang berlainan pendirian dengan AS dalam isu Baitulmaqdis.
Contohnya, jika Malaysia masih memerlukan kapal terbang untuk MAS, kita boleh membeli kapal terbang Airbus (Perancis) atau Bombardier (Kanada) dan bukannya Boeing (AS). Perancis dan Kanada kedua-duanya enggan mengakui Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
Oleh itu, Umno-BN perlu konsisten. Jangan berhimpun di hadapan kedutaan AS sebagai tanda bantahan, tetapi bertandang ke White House membawa pelaburan.
Kenapa kita beria-ia sangat nak bantu kukuhkan ekonomi AS, bila AS langsung tak bantu kukuhkan masa depan rakyat Palestin?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :