Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai

Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai
link : Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai

Baca juga


Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai


Kerajaan ghairah cukai, rakyat pokai
Kebanyakan rakyat Malaysia yang ditemui mengadu tentang kos sara hidup yang melambung tinggi dalam keadaan ekonomi yang sangat lemah dan amat kurangnya peluang perkerjaan. Ayah dan ibu yang berkorban menghantar anak-anak mereka ke universiti terpaksa terus menanggung anak mereka kerana tiadanya tawaran bekerja walaupun setelah sudah menerima ijazah selama beberapa tahun.
Mereka yang lebih tidak bernasib baik lagi di buru dan di tuntut pula hutang PTPTN walaupun masih menganggur. Itulah realiti hidup hari ini.
Jauh daripada menyedari dan mengakui realiti isu semasa kesengsaraan rakyat hari ini, kerajaan terpisah daripada realiti sebenar rakyat dan tidak mahu mengakui wujudnya masalah ekonomi hari ini.
Sudah pasti kerajaan sedia mengetahui masalah sebenar ekonomi negara kerana dalam situasi kekurangan sumber pendapatan, kerajaan telah mengenakan berbagai cukai baru yang membebankan rakyat sekali gus menambah kesengsaraan hidup mereka.
Inilah tindak tanduk kerajaan yang malas mencari dana daripada sumber alternatif tetapi memilih jalan yang mudah dan cepat sambil berlaku zalim menghisap darah rakyat yang sedang dalam kesengsaraan dengan mengenakan cukai-cukai baru.
Di sini disenaraikan cukai-cukai tidak adil serta zalim.
(a) Ibu dari segala cukai yang menghisap darah rakyat tidak kira miskin kaya atau tua muda, adalah cukai GST. Ia tidak menepati kehendak Islam kerana ia membebankan golongan yang termiskin juga. Kerajaan memutar belit fakta dengan menyatakan GST kita hanya 6% sementara Singapura adalah 7%, tanpa memaklumkan fakta bahawa Singapura memulakan GST mereka di kadar hanya 3% semasa mereka sudah mencapai status


Demikianlah Artikel Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai

Sekianlah artikel Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Umno@BN ghairah kutip cukai, rakyat terus pokai dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/kerajaan-umnobn-ghairah-kutip-cukai.html
negara maju sementara Malaysia memulakanya dengan kadar tinggi 6% terus semasa kita belum pun mencapai status negara maju!
(b) Berbagai cukai baru negatif melalui pihak MAVCOM yang melibatkan sektor pelancongan yang akan menjejas industri tersebut serta peluang pekerjaan ramai rakyat telah dikenakan. Antaranya adalah cukai ‘katil’ hotel hotel tempatan, cukai airport, cukai keselamatan baru sebanyak USD10 seorang dan cukai lapangan terbang antarabangsa antara RM32 dan RM75. Ini semua sudah tentu akan menjejaskan kedatangan pelancong dan pendapatan negara dari sektor pelancongan dimana kerajaan kelihatan tidak mengambil kisah asalkan mereka dapat wang secara mudah dan segera.
(c) Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mengambil tindakan keatas kes yang sangat lama dalam masa ekonomi negara dan rakyat dalam keadaan yang tenat. Ini sangatlah membebankan rakyat.
(d) Bayaran “cukai” oleh IMAMS keatas jemaaah Haji dan Umrah sebanyak RM90 untuk “memantau” permohonan serta pegendalian proses Haji dan Umrah adalah sangat kontroversi. Oleh kerana bantahan rakyat yang begitu meluas terhadap konsep yang tidak masuk akal itu, kerajaan terpaksa menangguhnya dahulu. Ini adalah satu lagi “cukai” yang sangat kontroversi. Sepatutnya sekurang- kurangnya Menteri Pelancongan meletak jawatan diatas insiden memalukan mengambil kesempatan orang Islam menunaikan ibadat.
Jelas dan nyata bahawa kerajaan dalam keadaan kewangan yang terdesak dan cuba mendapat wang secara mudah dan cepat dengan apa jua cara pun. Kesengsaraan rakyat tidak dipedulikan.
Cara yang lebih baik seperti memastikan kesemua kontrak kerajaan di panggil tawaran terbuka, membasmi rasuah, mengurangkan ketirisan dan pembaziran yang boleh membawa penjimatan dan hasil, tidak dilaksanakan oleh kerajaan kerana tidak akan menguntungkan kroni kroni dan diri yang berkepentingan.
Tindakan mengenakan bayaran untuk Umrah olih IMAM tadi adalah contoh paling jelas betapa rakus dan tamaknya kerajaan dalam kekurangan kewangan mencukai rakyat tampa perasaan belas kasihan terhadap mereka yang ingin mengerjakan ibadat.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :