Judul : KU NAN SAMANLAH DI DUNIA DULU?
link : KU NAN SAMANLAH DI DUNIA DULU?
KU NAN SAMANLAH DI DUNIA DULU?
Lawak pula rasanya bila membaca kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan pihaknya akan mendakwa wartawan yang didakwanya suka memutar-belitkan sesuatu berita di akhirat nanti.
Di dunia mereka mahu mendakwa orang, di akhirat juga mahu berbuat perkara yang sama.
Sedarkah Ku Nan bahawa di akhirat nanti semua manusia akan menjadi pesalah yang akan diadlili dengan seadil-adilnya oleh Tuhan dan tidak ada sesiapa boleh menjadi pendakwa?
Lebih daripada itu, tahukah Ku Nan juga bahawa di akhirat orang yang mula-mula akan didakwa dan diadili serta ditanya Tuhan mengenai apa yang dilakukan di
Demikianlah Artikel KU NAN SAMANLAH DI DUNIA DULU?
Sekianlah artikel KU NAN SAMANLAH DI DUNIA DULU? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KU NAN SAMANLAH DI DUNIA DULU? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/ku-nan-samanlah-di-dunia-dulu.html
dunia ialah mereka yang bergelar pemimpin?
Kalau di dunia pun tidak pasti mampu menegakkan keadilan dan kebenaran, bagaimana untuk melakukannya di akhirat sana?
Pemimpin akan ditanya dari segi keadilan mereka, bagaimana menggunakan kuasa yang ada, sentiasa bertindak adil atau sebaliknya, makan rasuah atau tidak, cakap lurus atau berbelit-belit, kekayaan yang dimiliki datang daripada mana, isteri serta keluarga tumpang bermewah dengan harta negara atau tidak dan macam-macam lagi?
Maka itu, ada baiknya Ku Nan memikirkan bagaimana untuk dirinya sendiri berhadapan dengan Tuhan nanti dan adakah beliau sudah benar-benar menjadi pemimpin dalam ertikata sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh agama kita?
Tidak guna Ku Nan mengugut untuk mendakwa wartawan di akhirat kerana jika benar mereka melakukan kesalahan, kenapa tidak dakwa saja mereka di dunia ini?
Kenapa perlu tunggu di akhirat?