Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih

Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih
link : Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih

Baca juga


Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih

BERSIH 2.0 meluahkan kekecewaan mereka atas keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan proses persempadanan semula.
Pemerhati pilihan raya itu dalam kenyataan hari ini berkata, mahkamah sepatutnya menjadi “medan keadilan” bagi membetulkan salah laku pilihan raya dan perlu bertindak untuk kepentingan rakyat. Ia juga mengatakan mahkamah tidak boleh mengikut kalendar pilihan raya yang ditetapkan kerajaan apabila mengendalikan isu persempadanan semula.
“Walaupun tidak praktikal mengadakan siasatan tempatan ketika kebanyakan rakyat Malaysia sedang bercuti atau menyambut Tahun Baru, siasatan itu dijangka akan berlaku bila-bila masa, besar kemungkinan seawal minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini, Mahkamah Rayuan memutuskan yang SPR dibenarkan meneruskan siasatan tempatan di Selangor untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Keputusan itu sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi yang menghalang SPR melakukan siasatan


Demikianlah Artikel Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih

Sekianlah artikel Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah patutnya lindungi hak, kepentingan pengundi, kata Bersih dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/mahkamah-patutnya-lindungi-hak.html
tempatan itu kerana semakan kehakiman yang difailkan kerajaan negeri masih berlangsung.
Bersih juga mengatakan SPR tidak melaksanakan mandatnya untuk memastikan pilihan raya dilakukan dengan telus dan adil apabila meneruskan juga proses persempadanan semula walaupun menerima bantahan awam.
“Walaupun masa tidak cukup untuk SPR menyempurnakan persempadanan semula, SPR memilih untuk meneruskan tindakan itu walaupun terdapat bantahan rakyat mengenai misalnya mengenai alamat yang tidak lengkap, salah pembahagian dan gerimander,”
Maka kerana itu, Bersih mengatakan SPR tidak melindungi kepentingan dan hak pengundi dalam memastikan pilihan raya yang telus dan adil.
“Hak pengundi adalah asas mana-mana demokrasi. Tanpa pengundi, tiada asas untuk kerajaan (ditubuhkan). Perlembagaan memperkasakan rakyat untuk memilih kerajaan mereka sendiri. Kerana itu, adalah menjadi peranan SPR dan semua badan kerajaan untuk menghormati, menjunjung dan melindungi kepentingan serta hak pengundi,” kata kenyataan itu lagi.
Ia turut menambah yang tindakan SPR yang tidak mempedulikan bantahan itu akan menyebabkan persempadanan semula tidak berksan, pembaziran sumber kerajaan dan “gagal mengambil kira amalan terbaik pilihan raya dan menghormati hak pengundi”.
SPR mempunyai tempoh sehingga 14 September tahun depan untuk menyempurnakan proses persempadan semula.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :