‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’

‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’ - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’
link : ‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’

Baca juga


‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’

Kadir Jasin berkata, perwakilan Umno itu boleh mengambil tindakan sivil jika beliau yakin portal berita itu menghina perdana menteri melalui laporan mereka.
A-Kadir-Jasin-news-portal2KUALA LUMPUR: Dua wartawan veteran hari ini membidas seorang perwakilan Umno Pulau Pinang yang menggesa pihak berkuasa menyiasat sebuah portal berita didakwa menyiarkan laporan “menghina” perdana menteri.
Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu, Datuk A Kadir Jasin berkata, Malaysia bukan negara diktator seperti China dan Korea Utara, di mana pemimpin wajib disanjung seperti tuhan dan tidak boleh dikritik sedikit pun.
“Sesiapa pun boleh gesa TMI (The Malaysian Insight) atau mana-mana portal berita disiasat, kalau ada asas yang kuat.
“Kalau wakil Umno itu berasa yakin Najib telah dihina, dia bolehlah mengemukakan tindakan sivil seperti saman malu.
“Itupun hanyalah selepas TMI gagal atau enggan memberi peluang kepada Najib membela diri melalui proses ‘right of reply’,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Ketua


Demikianlah Artikel ‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’

Sekianlah artikel ‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Malaysia bukan negara diktator sehingga pemimpin tak boleh dikritik’ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/malaysia-bukan-negara-diktator-sehingga.html
Pemuda Bahagian Tasek Gelugor, Mohd Nashrol Hisham Abdullah yang menggesa kerajaan menyiasat TMI kerana laporan mereka didakwa menghina pemimpin negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan berkata, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat portal berita itu.
“Jika ia langgar akta yang ada, sudah tentu kita akan buat siasatan dan kita akan beri laporan pada pihak yang berkenaan ambil tindakan seterusnya,” katanya.
Mengulas lanjut, Kadir berkata, mengkritik seseorang, khususnya ahli politik bukan perbuatan jenayah.
“Tidak tahulah saya kalau Umno sekarang sudah mengikut cara parti komunis.”
Sementara itu, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tindakan wakil Umno Pulau Pinang membawa usul itu ke Perhimpunan Agung Umno tidak bijak.
Bekas menteri penerangan itu berkata, perhimpunan agung itu bukan saluran betul untuk menangani perkara berkenaan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :