Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung

Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung
link : Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung

Baca juga


Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung

ADA pepatah Melayu berbunyi: seperti katak di bawah tempurung. Ia menggambarkan orang yang tidak tahu keadaan yang berlaku di sekelilingnya.
Kita tidak dapat bayangkan bagaimana pengarah unit propaganda Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz tidak tahu atau tidak sedar mengapa Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengambil tindakan sivil dan jenayah bersabit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malah Tun Faisal masih mengkritik pandangan Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions yang mengatakan kes 1MDB adalah "kleptokrasi paling parah". Katanya, kes DoJ itu tidak ada kena mengena dengan dana strategik Malaysia yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk beberapa projek.
Pemilikan aset tenaganya sudah dijual manakala tanah yang dimilikinya kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan, yang kebetulan diterajui Najib. Tetapi bukan itu isu sebenarnya.
Tun Faisal percaya Sessions sekadar mengulangi pandangan Peguam Negara AS sebelumnya. Katanya, saman sivil itu hanyalah "berdasarkan aduan dan andaian semata-mata sedangkan FBI belum lagi melakukan sebarang penyiasatan yang berjaya mengadakan bukti yang melangkaui keraguan yang munasabah."
Beliau juga mempersoalkan siapa "mangsa" yang disebut oleh Sessions.
"Apabila saya bertanyakan soalan kepada Thomas Goldstein, antara peguam Mahkamah Agung berpengalaman di AS mengenai justifikasi DoJ memfailkan saman ini dengan mengaitkannya dengan 1MDB sedangkan 1MDB tidak pernah membuat aduan dan mengaku dana atau wang kepunyaannya dicuri, Goldstein mengakui bahawa kes ini agak pelik kerana 1MDB bukan pengadu dan tidak mengakui kehilangan wang."
"Goldstein juga menjelaskan DoJ berada dalam kebuntuan


Demikianlah Artikel Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung

Sekianlah artikel Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menjenguk kleptokrasi dari luar tempurung dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/menjenguk-kleptokrasi-dari-luar.html
kerana 1MDB menegaskan bahawa wang yang didakwa hilang itu bukan wang mereka, sedangkan kes ini dibina atas kepercayaan bahawa wang ini diambil dari 1MDB berdasarkan aduan yang dibuat oleh pihak yang tidak mewakili 1MDB," kata Tun Faisal, yang juga seorang ahli Umno.
Ahli Umno itu mungkin mahu percaya delusinya sendiri tetapi realitinya berbeza.
Dakwaan DoJ dan siasatan FBI ada kaitan dengan pihak yang mengeluarkan arahan kepada 1MDB untuk mengirimkan wang, yang diambil daripada keuntungan bon, usahaniaga dan pembelian melampaui mandatnya.
Menurut Sessions, "pegawai yang didakwa korup" di 1MDB dilaporkan telah berbelanja sebanyak AS$200 juta dalam hartanah di California Selatan dan New York, AS$130 juta untuk karya seni, melabur AS$100 juta dalam sebuah syarikat muzik Amerika dan AS$265 juta untuk sebuah kapal layar.
"Secara keseluruhannya, pegawai 1MDB didakwa melabur wang haram berjumlah lebih AS$4.5 bilion melalui urusniaga yang samar dan syarikat rahsia yang palsu dengan akaun bank di beberapa negara dari Switzerland dan Singapore sampailah di Luxembourg dan Amerika Syarikat," kata Sessions.
Kita tertanya-tanya sama ada Tun Faisal baca atau tidak sebenarnya kenyataan Sessions atau beliau hanya mendedahkan delusinya kepada umum.
Misalnya, beliau berkata AS sepatutnya menyiasat dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), kerana syarikat itu yang mendakwa kehilangan wang.
IPIC mengheret 1MDB ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London , mendakwa syarikat sarat hutang negara itu gagal membayar balik pinjaman berjumlah AS$1.2 bilion (RM4.8 bilion) kepada IPIC.
1MDB mendakwa sudah membayar jumlah itu kepada unit IPIC, Aabar (BVI), namun syarikat Abu Dhabi itu berkata BVI bukan anak syarikatnya. Tetapi akhirnya, 1MDB setuju membayar kepada IPIC AS$1.2 bilion dengan dua kali ansuran — pertama pada Julai lalu dan kedua pada 31 Disember ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :