Judul : Najib pengerusi mesyuarat khas BN Rabu depan bincang PRU14
link : Najib pengerusi mesyuarat khas BN Rabu depan bincang PRU14
Najib pengerusi mesyuarat khas BN Rabu depan bincang PRU14
Demikianlah Artikel Najib pengerusi mesyuarat khas BN Rabu depan bincang PRU14
Sekianlah artikel Najib pengerusi mesyuarat khas BN Rabu depan bincang PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib pengerusi mesyuarat khas BN Rabu depan bincang PRU14 dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/najib-pengerusi-mesyuarat-khas-bn-rabu.html
Sumber berkata, mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN sepatutnya diadakan 12 Disember lalu, tetapi ditunda atas sebab tidak dapat dielakkan, termasuk jadual ketat perdana menteri.
Barisan Nasional (BN) dijangka mengadakan mesyuarat khas Dewan Tertingginya pada Rabu depan bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Berita Harian menghubungi beberapa pemimpin parti komponen BN, termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengesahkan mesyuarat itu dijadualkan pada 3 Januari ini dan dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah Soon Hai dan sumber Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan mendapat jemputan ke mesyuarat khas itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
Pada 26 November lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Februari depan.
“Jangan lupa hari besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada ‘hari besar’ lain. Kalau dulu bikin silap (tak undi BN) tak apa, saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi,” kata timbalan perdana menteri, bulan lalu.
Mandat kerajaan persekutuan diterajui BN akan berakhir 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.
Berita Harian melaporkan BN jarang mengadakan mesyuarat khas kecuali untuk membincangkan PRU14.
Satu lagi sumber yang dipetik akhbar itu berkata, mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN sepatutnya diadakan 12 Disember lalu, tetapi ia ditunda atas sebab tidak dapat dielakkan, termasuk jadual ketat perdana menteri dan lawatan rasmi ke Turki, Sri Lanka dan Maldives baru-baru ini.
Sumber itu berkata, difahamkan mesyuarat khas itu untuk mengemas kini persiapan menghadapi PRU14, terutama memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi dan membincangkan senarai calon.