'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak'

'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak'
link : 'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak'

Baca juga


'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak'



Demikianlah Artikel 'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak'

Sekianlah artikel 'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Pandikar tiada mandat, tak perlu ajar rakyat Sarawak' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/pandikar-tiada-mandat-tak-perlu-ajar.html
Debat berkaitan taraf Sabah-Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berterusan dengan Pemuda BN Sarawak membidas kembali Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pengerusi Pemuda BN Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof berkata walaupun Pandikar ada hak menyatakan pandangan, beliau “tidak ada keperluan untuk menilai dan mengajar rakyat Sarawak”.
“...apa lagi mencabar YAB ketua menteri Sarawak untuk berdebat mengenai MA63,” katanya.

Malah, Fadillah yang juga ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata Pandikar bukan ditauliahkan atau diberi mandat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu itu.
Pandikar semalam berkata beliau tidak kisah berdebat dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Abang Johari Openg berkaitan MA63 pada bila-bila masa, termasuk di depan wartawan.


Abang Johari sebelum ini menyangkal pandangan Pandikar bahawa MA63 hanyalah "syor" dan bukan perjanjian yang mempunyai kesan perundangan.

Pada 27 November lalu, Pandikar mengisytiharkan dirinya "pro-Malaysia" dan menyelar pihak yang mendakwa Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata ketika Persekutuan Malaysia dibentuk.

Dalam kenyataan hari ini, Fadillah mempertahan pandangan Abang Johari yang menurutnya berdasarkan kemahuan dan kepentingan rakyat Sarawak serta berlunaskan perlembagaan, perlembagaan dan semangat pembentukan Malaysia. “Pemuda BN Sarawak dan seluruh rakyat Sarawak mempunyai pandangan yang sama dengan YAB ketua menteri Sarawak kami dan sentiasa menyokong penuh usaha beliau dalam rundingan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam semangat pembentukan Malaysia melalui MA63,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: