'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut'

'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut'
link : 'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut'

Baca juga


'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut'



Demikianlah Artikel 'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut'

Sekianlah artikel 'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'PAS anggap puaknya seolah-olah setaraf Nabi Lut' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/pas-anggap-puaknya-seolah-olah-setaraf.html

Perang mulut antara PAS dan parti serpihannya memasuki episod baru apabila parti Islam itu dilihat kurang senang digelar 'parti suci' oleh pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH).
Gelaran itu mula dipopularkan oleh Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin merujuk kepada isu anggota parlimen PAS yang mengambil sikap berkecuali ketika pengundian belah bahagi di parlimen pada 20 November lalu.
Dalam satu tulisan panjang hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab isu berkenaan yang antara lain menyatakan istilah itu dicipta untuk mempelekeh mereka yang berpegang kepada al-Quran dan hadis.
Mengulas jawapan berkenaan, Hanipa yang juga bekas pengerusi lajnah undang-undang PAS berkata kenyataan bekas presidennya itu penuh dengan tuduhan tidak betul.
"Kenyataan beliau itu, dengan hormat, penuh dengan tuduhan tak betul dan kadangkala saya rasa orang gila pun tak percaya dengan tuduhan beliau.
"Contohnya dia kata "mereka (AMANAH) juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN di mana mereka (AMANAH) juga sangat bernafsu menyertainya".
"Beliau juga seolah-olah meletakkan puak mereka setaraf Nabi Allah Lut A.S dan mereka yang menggelar PAS dengan golongan suci seolah-olah setaraf kaum Nabi Lut A.S," kata Hanipa.
Terdahulu, dengan memetik beberapa firman Allah, Abdul Hadi berkata bahasa al-Quran menamakan perkataan kumpulan suci terhadap para Anbiya dan pengikutnya yang berbaiah dengan setia.
Abdul Hadi juga berkata Allah menceritakan kisah Nabi Lut dan pengikutnya yang menentang keruntuhan akidah dan akhlak yang berlaku di zaman nabi Allah itu.
"Maka alangkah gembiranya ahli PAS yang membaca cerita perjuangan Nabi Lut A.S bersama kaumnya yang beriman yang diberi nama oleh musuhnya dengan kaum yang menganggap diri mereka suci murni," kata Hadi.
Mengulas lanjut, Hanipa bekata perbuatan Abdul Hadi mengambil ayat al-Quran secara terpisah tanpa melihat konteks sebenar dan ditempel dalam kenyataannya adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
"Gelaran kepada parti kamu sebagi puak suci bukan suka-suka.Ia berasaskan bayyinah dan qarinah," kata Hanipa.
Beliau turut mempertikaikan kredibiliti Abdul Hadi dalam membicarakan isu berkaitan agama hanya kerana imejnya berserban dan berjubah.
"Nak tanya sikitlah. Adakah hanya anda berserban, berjubah bertitle tok guru maka anda rasa anda ada monopoli berbicara isu agama, maknanya anda sorang sahaja betul.
"Terimalah hakikat pahit - andalah punca parti anda hancur berkecai dan dihina sebegitu rupa.
"Janganlah rasa hanya kerana anda tok guru dan quoted ayat-ayat suci kenyataan anda hebat dan kena diikuti. Maaflah mungkin untuk orang lain but not for me," kata Hanipa.
'Dengan siapa anda berlawak?'
Sementara itu, Hanipa turut mengulas jawapan Abdul Hadi bahawa PAS tidak peduli sama ada menang atau kalah dalam pilihan raya.
"Dengan siapa anda nak berlawak? Tubuh parti politik, masuk pilihan raya, selalu kata Islam perlu kuasa untuk berdaulat, lepas tu kata tak apa menang atau kalah.
"Ada lagi ke perkara lucu selain perkara itu. Be honest lah!" katanya.
Abdul Hadi dalam tulisannya berkata parti Islam itu tidak peduli sama ada menang atau kalah dalam pilihan raya, walaupun "hatinya sangat mahukan kemenangan di dunia sebelum kemenangan di akhirat".
"Namun keyakinannya tetap kepada kemenangan adalah kurniaan Allah apabila memenuhi syarat mencapai keredaan dan hidayah-Nya kepada manusia yang meredai perjuangan Islam ini," katanya.

Subscribe to receive free email updates: