KOTA BHARU - Disebalik tanggapan mengatakan Pas bakal kehilangan banyak kerusi dalam PRU 14 nanti, pimpinannya menyuarakan keyakinan keajaiban politik boleh berlaku.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada zahirnya pendekatan yang dibawa Pas mengundur bagi mata pandangan orang ramai, tetapi beliau yakin agenda Islam yang dibawa mampu memenangkan parti ini.
Malah, beliau  menjelaskan, sekiranya dikehendaki ALLAH SWT, pimpinan  Pas mampu diangkat sebagai Perdana Menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.
Mohd Amar Nik Abdullah Mengambil contoh situasi politik di Kelantan, Timbalan Menteri Besar itu berkata, Pas berjaya mengalahkan Umno dengan jumlah 30-0 pada 1990, walaupun hanya mampu mendapat dua kerusi pada 1978.
"Pada tahun 1978 orang yang menjatuhkan Pas adalah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi beliau juga yang menjatuhkan Umno pada 1990, siapa boleh fikir, banyak benda pelik berlaku dalam Pas dan diluar pemikiran manusia"
"Sama