Judul : PAS dan Umno: ‘Kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan’
link : PAS dan Umno: ‘Kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan’
PAS dan Umno: ‘Kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan’
Demikianlah Artikel PAS dan Umno: ‘Kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan’
Sekianlah artikel PAS dan Umno: ‘Kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS dan Umno: ‘Kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan’ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/pas-dan-umno-kadangkala-bersama.html
Pemerhati politik Malaysia, Prof Clive Kessler berkata kerjasama 2 seteru lama itu bukan sahaja mengubah politik Malaysia tetapi juga nasib politik di negara ini.
Kini, persubahatan 2 seteru lama itu sedang mengubah lanskap politik, membentuk suatu kerajaan Melayu duopoli baharu, kata Prof Clive Kessler, ahli akademi serta pakar sosiologi dan antropologi di Universiti New South Wales, Australia.
“Konsortium Umno-PAS menyaksikan PAS bukan sahaja dilahirkan semula dan diperkasakan, tetapi dari segi dasar dan politik, PAS sebenarnya berkuasa,” katanya dalam satu artikel di East Asia Forum (EAF) terbitan Universiti Kebangsaan Australia (ANU).
EAF merupakan inisiatif bersama 2 rangkaian penyelidikan akademik iaitu Biro Penyelidikan Ekonomi Asia Timur dan Biro Penyelidikan Ekonomi Asia Selatan.
Kessler berkata penguasaan demografi Melayu semakin kuat disebabkan kadar kelahiran orang Melayu, penghijrahan warga Indonesia dan lain-lain yang menjadi ‘Melayu’ secara istilah politik.
Ini, katanya, ditambah dengan penghijrahan keluar ramai orang bukan Melayu kelas pertengahan yang tawar hati dengan kuasa Melayu yang semakin kuat dan dominasi golongan Islamis dalam kehidupan di Malaysia,” kata Kessler.
“Dominasi Melayu juga dikukuhkan melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya – pengundi bukan Melayu dihimpunkan dalam kawasan bandar yang luas, sementara pengundi Melayu di luar bandar umumnya mengundi di kawasan yang lebih kecil.”
Dalam artikelnya yang merupakan sebahagian siri EAF mengimbas kembali tahun 2017, Kessler yang mengkaji secara dekat politik Malaysia, menjejaki hubungan antara Umno dan PAS beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata, PAS dahulu menggembleng undi Melayu untuk melawan Umno dan berusaha melemahkan wibawa dan autoriti Umno.
Tegas beliau, walaupun PAS dan Umno pernah bekerjasama dalam satu tempoh yang singkat pada 1970-an, mereka bermusuhan sejak berdekad lama dan bersaing untuk merebut undi Melayu.
Matlamat Umno tercapai
Menurutnya, PAS sedia melancarkan perjuangan jangka panjang menggunakan kelebihan politiknya ke atas Umno dan “secara beransur menjadikan Umno tebusan dan memastikan ia akan selama-lamanya rasa tertekan lalu mengguna pakai dasar yang menyenangkan PAS dan mempromosikan Islam”.
“Dinamik tersembunyi ini menghasilkan de-sekularisasi masyarakat Melayu dan politik Malaysia secara radikal dalam tahun kebelakangan ini,” kata Kessler.
Pada pilihan raya 2008 dan 2013, Umno berenggang dengan penyokong bukan Melayu di sebalik penekanan kepada “ketuanan Melayu”, dalam berdepan gabungan pembangkang PAS, DAP dan PKR.
“Sejak 2008, matlamat utama politik Umno adalah untuk memecahkan gabungan itu dengan menanam stigma mengatakan DAP anti Melayu dan anti Islam, mengecam PKR sebagai parti yang dipimpin oleh seorang individu terkutuk dari segi moral, dan menghamun PAS atas keengganan menjadi parti Islam yang ‘elok’ dan mengkhianati Islam.
“Selepas pilihan raya ke-13 itu, matlamat itu tercapai. PAS keluar dari pembangkang, menyingkir pemimpin yang menyokong gabungan pembangkang dan menyertai suatu bentuk kerjasama dengan Umno.”
Read More / Baca Lagi >>