Judul : Pendidikan percuma di Malaysia
link : Pendidikan percuma di Malaysia
Pendidikan percuma di Malaysia
Demikianlah Artikel Pendidikan percuma di Malaysia
Sekianlah artikel Pendidikan percuma di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pendidikan percuma di Malaysia dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/pendidikan-percuma-di-malaysia.html
KITA berada pada zaman dunia di hujung panca indera, kita dapat berhubung dengan orang yang jauh pada kadar yang cukup pantas.
Bagi penggemar diskusi seperti saya, teknologi memberikan saya peluang untuk mendengar, membaca ulasan dan memberi komentar pada mana-mana acara yang saya tidak dapat hadiri secara fizikal, ia satu kenikmatan. Semalam saya berpeluang mendengar debat pendidikan percuma yang dianjurkan oleh Kuliah Buku (KUBU).
Debat ini menampilkan dua anak muda; saudara Izzat yang merupakan bekas mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) dengan pendirian pendidikan percuma tidak relevan dan saudara Sharan Raj dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang yakin pendidikan percuma wajar dilaksanakan oleh kerajaan.
Ringkasan hujah kedua-dua pihak
Saya percaya mesej perjuangan boleh disampaikan melalui "imej", terutamanya apabila ruangan "berkata-kata" ditutup rapat. Kehadiran Sharan dengan berbaju salah suarang nabi sosialisma Karl Marx dan kehadiran Izzat dengan baju korporat biru putih memberi gambaran berkenaan pendirian mereka.
Hal ini mungkin kelihatan remeh, tapi politik "imej" agak penting di Malaysia, sebab itulah baju Melayu, wajah menawan, songkok dan serban sering berteman rapat dengan kempen politik.
Idea asas yang diberikan oleh Izzat bagi mengetepikan kerelevanan pendidikan percuma berputar pada poin ekonomi negara tidak mengizinkan, bagi sistem pra-sekolah ia tidak diwajibkan (bermaksud tidak akan memberi bebanan), sistem pendidikan primer dan sekunder pula sudah percuma ditambah dengan bantuan awal persekolahan, dan bagi pendidikan tinggi hujah beliau bagi saya kurang jelas.
Beliau ada menyentuh tentang penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa dan kebimbangan kualiti pendidikan tinggi jika pendidikan kita "dipercumakan".
Selain itu beliau ada menyentuh soal "mentaliti" masyarakat dan seruan untuk mahasiswa belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat ijazah kelas pertama supaya pinjaman pendidikan dihalalkan.
Bagi Sharan, asas kepada idea beliau adalah memberi pendidikan percuma dengan mendapatkan dana melalui "pencukaian" kelompok kaya dan maha kaya di Malaysia.
Menurut kajian yang dilakukan, negara kita memerlukan RM15 bilion untuk enam tahun pertama pendidikan percuma, kemudian RM6 bilion setahun selepas tempoh tersebut.
Beliau yakin dengan sejumlah wang yang hampir separuh daripada bajet Jabatan Perdana Menteri ini mampu untuk merealisasikan impian pendidikan percuma di Malaysia.
Sharan turut berhujah berkenaan sistem pendidikan primer dan sekunder di negara ini dengan mempersoalkan yuran PIBG yang masih wujud dan memberi tekanan kepada keluarga pelajar. Beliau turut menyatakan kebanyakan pelajar terutamanya Universiti Swasta menghadapi tekanan kewangan seterusnya memberi kesan kepada prestasi akademik mereka.
Hujah-hujah asas yang saya berikan menjadi kiblat perbincangan mereka pada debat kali ini, dan boleh saya katakan kedua-dua pendebat mempunyai asas dalam hujah mereka menjadikan debat ini bukan sekadar "omong kosong".
Pendidikan untuk apa?
Sebelum kita terjun dalam persoalan pendidikan percuma, saya fikir wajar kita menetapkan falsafah pendidikan "realiti" pada hari ini. Bagi saya keutamaan pendidikan untuk hari ini adalah sebagai instrumen untuk meningkatkan taraf hidup.
Ini bermakna pendidikan penting untuk rakyat mendapatkan kerjaya dengan gaji yang boleh membebaskan seseorang daripada kemiskinan.
Selepas menetapkan objektif seperti ini, barulah kita boleh menjawab persoalan seperti; adakah orang miskin mendapat akses yang cukup kepada pendidikan?
Jika cukup, adakah perbelanjaan pendidikan membebankan? Sejauh mana pendidikan tinggi dapat menjanjikan pekerjaan? Adakah kewujudan hutang pendidikan menyukarkan proses pembebasan seseorang daripada kemiskinan?
Jika kita memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kita tidak memperbaiki polisi "labour market" kita, saya fikir kita masih berhadapan dengan cabaran membebaskan golongan miskin daripada kelompok tersebut.
Belanja pendidikan yang tinggi tanpa pengukuhan industri sedia ada atau pembukaan industri baharu untuk produktiviti akan mengundang bencana. Kita harus menyedari keadaan industri pekerjaan hari ini kurang adil; mereka yang punya "kabel" pasti lebih mudah mendapat pekerjaan dan kewujudan rasisme dan diskriminasi dalam pengambilan pekerja itu berlaku.
Berbalik kepada perdebatan ini, saya fikir Izzat perlu membuang hujah "mentaliti masyarakat" kerana ayat ini sudah terlalu usang dan kerap digunakan.
Saya tidak punya banyak masalah dengan hujah beliau berkenaan pra-sekolah, sekolah primer dan sekunder, tapi saya berpandangan beliau perlu mengkritik sistem pendidikan tinggi kita yang mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki.
Sebagai contoh, kesamarataan yuran dalam kalangan mahasiswa, wujudnya universiti awam dengan yuran yang tinggi dan kesukaran graduan mendapat pekerjaan.
Bagi Sharan pula, saya berpandangan beliau perlu mencari model "pendidikan percuma" dari mana-mana negara untuk dijadikan rol-model dalam perjuangan beliau.
Read More / Baca Lagi >>