Judul : Penganalisis: Pengaruh Dr M, skandal 1MDB tidak cukup goyahkan BN
link : Penganalisis: Pengaruh Dr M, skandal 1MDB tidak cukup goyahkan BN
Penganalisis: Pengaruh Dr M, skandal 1MDB tidak cukup goyahkan BN
Demikianlah Artikel Penganalisis: Pengaruh Dr M, skandal 1MDB tidak cukup goyahkan BN
Sekianlah artikel Penganalisis: Pengaruh Dr M, skandal 1MDB tidak cukup goyahkan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penganalisis: Pengaruh Dr M, skandal 1MDB tidak cukup goyahkan BN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/penganalisis-pengaruh-dr-m-skandal-1mdb.html
Mereka berpandangan BN di bawah Najib Razak mempunyai kelebihan kerana pembangkang gagal menonjolkan diri mereka sebagai alternatif paling layak.
Penganalisis medan politik Malaysia di seberang tambak tidak yakin Pakatan Harapan mampu secara berkesan mengambil kesempatan daripada kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gabungan itu untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).Mereka yang ditemubual portal Singapura, Today Online, semalam berkata pengaruh Dr Mahathir, 92, dan pembangkang menghebohkan isu seperti skandal 1MDB tidak cukup untuk menggoyahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Rashaad Ali, seorang penganalisis program Malaysia di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS) berkata, masih ada persoalan besar sama ada pecahan undi Melayu antara PH dan BN, serta mesej pembangang untuk menamatkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cukup untuk menumbangkan BN.
“Saya rasa pembangkang belum dapat mengambil peluang untuk menonjolkan mereka sebagai alternatif berwibawa dan paling layak kepada rakyat Malaysia,” katanya menurut laporan itu.
“Sebaliknya, Umno-BN dan Najib sudah mengukuhkan kedudukan mereka,” tambahnya.
“Sebab itu saya percaya kemenangan mudah dan jelas BN memadai sebagai suatu kejayaan.
“Umno boleh dikatakan sudah mengharungi tempoh paling buruk dalam sejarah mereka, dan suatu kejayaan pada pilihan raya akan datang akan menjadi tamparan pada kelayakan pembangkang.”
Rashaad berkata langkah menjadikan Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun sehingga 2002, sebagai pengerusi PH tahun ini secara mudah mendorong pengundi kepada BN.
“Kedudukan Dr Mahathir hanya menguatkan mesej pengkritiknya. Beliau menjadikan dirinya sasaran mudah penyokong BN dan Umno apabila memilih untuk mengepalai mereka yang beliau buruk-burukkan beberapa pilihan raya lepas,” katanya.
Sementara itu, Mustafa Izzuddin, seorang felo di ISEAS-Institut Yusof Ishak, dilaporkan berkata faktor Dr Mahathir boleh menjadi “senjata makan tuan” buat PH.
“Kaliber dan kepetahan beliau mungkin memenangi lebih banyak sokongan kepada PH, terutamanya dalam kalangan orang Melayu tetapi sebaliknya, kehadiran beliau mungkin menyisihkan orang Cina terutamanya mereka yang tidak mahu keluar mengundi, dan itu akan memberi kesan di kerusi-kerusi majoriti tipis yang dipegang PH,” katanya.
“Dalam erti kata lain, penekanan melampau pada undi Melayu oleh PH boleh menghakis sokongan orang Cina kepada PH,” katanya.
Serina Abdul Rahman, seorang felo pelawat di ISEAS-Institut Yusof Ishak, berkata masalah 1MDB tidak akan memberi impak dalam kalangan pengundi.
Beliau berkata skandal itu diluar perhatian kebanyakan orang yang ditemuinya dalam kerja lapangan di Kedah dan Johor.
“Kebimbangan utama mereka ialah kelangsungan hidup sehari-hari disebabkan oleh kos sara hidup,” katanya menurut laporan itu.
“Walaupun ada yang menyedari skandal itu, hanya segelintir mengatakan ia memberi kesan pada mereka, dan hanya sedikit merasakan skandal itu akan menyebabkan mereka mengundi pihak lain,” tambahnya.
“Ada pun yang mengatakan semua itu berita palsu manakala yang lain mengatakan mereka tidak faham dan tidak peduli.”