Judul : PRU14: Hadi ‘rasis’ hadkan peranan menteri bukan Islam
link : PRU14: Hadi ‘rasis’ hadkan peranan menteri bukan Islam
PRU14: Hadi ‘rasis’ hadkan peranan menteri bukan Islam
Rais Hussin membidas presiden PAS itu mengamalkan 'politik sempit' dan lebih Umno daripada Umno.
Seorang pemimpin PPBM membidas Datuk Seri Abdul Hadi Awang rasis, susulan cadangan presiden PAS itu orang bukan Islam hanya boleh memainkan peranan sebagai teknokrat dalam Kabinet, bukannya memegang jawatan penting sebagai pembuat keputusan.
Datuk Rais Hussin yang mengetuai Biro Strategi dan Dasar PPBM berkata, Hadi mengamalkan “politik sempit” dan “lebih bersayap kanan daripada Umno”.
“Islam benci rasisme dan Hadi lebih Umno daripada Umno,” katanya kepada FMT.
Rais turut mendakwa Hadi menggunakan Islam untuk “kepentingan duniawi” dan memetik hadis Nabi Muhammad yang memberi amaran mengenai pemimpin seperti itu pada akhir zaman.
Dalam hadis itu, Nabi Muhammad memberi amaran akan muncul orang munafik yang menggunakan agama Islam untuk memperdaya rakyat dan mendapat kuasa.
Rais mengulas kenyataan Hadi dalam portal berita PAS, Harakahdaily pada Jumaat lalu yang berkata, pemimpin bukan Islam di bawah kerajaan Islam masih boleh menganggotai Kabinet, tetapi dengan kuasa terhad.
Demikianlah Artikel PRU14: Hadi ‘rasis’ hadkan peranan menteri bukan Islam
Sekianlah artikel PRU14: Hadi ‘rasis’ hadkan peranan menteri bukan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Hadi ‘rasis’ hadkan peranan menteri bukan Islam dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/pru14-hadi-rasis-hadkan-peranan-menteri.html
data-google-query-id="COzNv-XZptgCFYMuKwodstoAzw" id="div-gpt-ad-1462811451620-0">
Dengan memetik ulama abad ke-11 Al-Mawardi, Hadi berkata, orang bukan Islam masih boleh memainkan peranan dalam tadbir urus, tetapi hanya untuk tugas pengurusan, bukannya sebagai pembuat dasar.
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat.”
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, cadangan Hadi boleh menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.
“Ideanya berbahaya,” kata bekas pemimpin PAS itu.
Beliau berkata, rakyat harus menolak PAS kerana cadangan mundur itu dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.
Mujahid turut membidas Hadi memetik pandangan Al-Mawardi mengenai orang bukan Islam dengan berkata, ia untuk zaman berbeza apabila ulama menggunakan konsep “harbi” dan “dhimmi”.
Harbi ialah mereka yang berperang dengan umat Islam. Dhimmi pula ialah orang bukan Islam yang menerima pemerintahan Islam. Mereka dikehendaki membayar cukai untuk dikecualikan daripada tugas ketenteraan dan membayar zakat.
“Konsep itu tidak berlaku di Malaysia,” kata ahli Parlimen Parit Buntar.